Hey semua peminat mania K-pop!
Kalau dah minat K-pop, tak kenal SHINee dan Girls Generation, memang tipu la kan? Kalau ada peraduan super senang nak menang trip untuk dua orang ke konsert K-pop di Macau, korang nak join tak?
K-pop Concert in Macau akan menampilkan artis korea popular macam Girls Generation, SHINee dan ramai lagi! Haa teruja lah tu!
Apa yang korang perlu buat, senang je. Sabtu dan Ahad ni (16 dan 17 Jun 2012), korang cuma perlu berada di Aeon AU2 Setiawangsa Shopping Centre dari pukul 12 pagi ke 10 malam. Tu je. Jangan risau, sepanjang dua hari tu nanti, akan ada persembahan tarian K-pop dari Progression, Ruffneckz dan Epsilon. Bukan tu je, korang jugak boleh tengok muzik video K-pop kat skrin besar di Aeon AU2 Setiawangsa. Nak music-mixed? Ada! Khas dari DJ KEN!
Tak cukup dengan menonton konsert K-pop, korang jugak bercita-cita nak jadi superstar macam Girls Generation dan SHINee?
Inilah masanya untuk korang laksanakan impian korang. Muzikini dan Aeon Co (M) Sdn Bhd menganjurkan Malaysian Music Sensation audition pada hari yang sama, 16 dan 17 Jun ni. Hadiah lumayan ditawarkan, RM1500 untuk peserta solo dan RM3000 untuk peserta berkumpulan. Lumayan gile kan? Kalau saya pandai nyanyi dan menari, dah lama saya join!
Dan dengarnya, Spider, 6ixth Sense, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Alyah, Bunkface, Dayang, Ning Baizura, Black, Shiha, Ayu, Amir Jahari, Jinbara, Awan Band, Amanda Imani, One Nation MC dan Oh Chentaku pun akan membuat persembahan tau!
Selain di Aeon AU2 Setiawangsa Shopping Centre, audition anjuran Muzikini juga diadakan di:
AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre – 2 & 3 June
AEON AU2, Setiawangsa Shopping Centre – 16 & 17 June
AEON Bukit Tinggi Shopping Centre – 14 & 15 July
AEON Alpha Angle Shopping Centre – 8 & 9 September
AEON Cheras Selatan Shopping Centre 13 & 14 October
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre – 24 & 25 November
AEON Tebrau City Shopping Centre – 15 & 16 December
Untuk maklumat lanjut, jom klik sini: http://www.facebook.com/muzikini
Ayohlah!