Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Preview filem Mael Lambong sempena ulangtahun ke 2 TGV Mesra Mall Terengganu!

by Aida Sue
June 18, 2012
Share on FacebookShare on Twitter


Baru-baru ini bertempat di Mesra Mall Kerteh Terengganu , TGV Mesra Mall meraikan ulangtahun ke 2 nya dengan mengadakan preview eksklusif filem Mael Lambong yang diterbitkan oleh  Excellent Pictures bersama para pelakonnya.

IKLAN

Acara ini turut diserikan lagi dengan kehadiran  Yang Mulia Tengku Iskandar Zulkarnain Tengku Sri Raja.


Filem Mael Lambong ini dilakonkan oleh Mohd Razizan Abdul Razak or fondly known as Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyudin Bakar, Shenthy Feliziana and acclaimed director Ahmad Idham.

Para peminat telah diberikan peluang untuk memenangi 50 pas preview untuk menyaksikan filem Mael Lambong dan pelbagai acara seperti games, sesi soalan trivia turut diadakan.

Penerbit dan pengarah filem Mael Lambong, Ahmad Idham iaitu pengarah Excellent Pictures, memberitahu bahawa lokasi perfileman Mael Lambong banyak bertempat di Terengganu dan Ahmad Idham mahu mengembangkan industri hiburan tempatan ke negeri-negeri di Pantai Timur. Selain itu, hero filem Mael Lambong iaitu Zizan Raja Lawak sendiri berasal dari Terengganu

“Pihak TGV sering berkolaborasi dengan industry perfileman tembatan untuk mempromosi hasil seni tempatan. Jadi dengan adanya kerjasama dengan pihak Excellent Pictures, kami mengharapkan lebih banyak tayangan filem sebegini dan sokongan dari pihak TGV Cinemas pada filem-filem tempatan”, kata Encik Kenny Wong, CEO TGV Cinemas.

IKLAN

Sinopsis filem MAEL LAMBONG

Mael Lambong mengisahkan Zizan Raja Lawak sebagai teraju utamanya dan filem ini berkonsepkan aksi, komedi dan thriller kisah benar seorang penarik kereta professional di Kuala Lumpur. FIlem ini mengandungi unsure cinta, konflik dan konspirasi. Hidup Mael berubah selepas mengenali Maria ( Juliana Evans ) yang telah meminta pertolongannya untuk menyelamatkannya dari penjahat. Saksikan filem Mael Lambong di panggung wayang TGV berhampiran anda!

ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan