Ramai orang suka melancong termasuk saya. Ada di Eropah, ada di Asia dan ada juga dalam negara. Ikut lah berapa tebal duit dalam poket kan.
Destinasi popular di Asia selain dari Malaysia, adalah Korea Selatan, Taiwan dan juga Hong Kong. Sebab ketiga-tiga tempat ni boleh dikatakan SYURGA MEMBELI BELAH terutamanya Hong Kong. Yelah, sekarang pun tiket flight pun ada lebih murah dari tiket bas ekspres.
Kali ini saya nak cerita mengenai Hong Kong dan ke’best’an Hong Kong ni pada tourist Muslim. ^_^
Hingga sekarang ada 220,000 umat Islam di kalangan 7 juta penduduk Hong Kong. Jadi memang tak ada masalah untuk para pelancong Muslim untuk makan, menunaikan solat ke jika melancong ke Hong Kong sebab memang dah ada masjid, dan banyak sangat restoran halal di Hong Kong.
Baru-baru ni pun Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) ada membuat Bengkel Muslim Hong Kong. Dalam bengkel ni pihak Big Bus Tours, Hong Kong Disneyland Resort, Ocean Park Hong Kong, Cosmo Mongkok Hotel, Cosmopolitan Hotel, Regal Airport Hotel dan Haji Muhammad Arshad, Mufti Hong Kong dan Imam Besar Masjid Kowloon bersama-sama menyediakan satu suasana yang kita boleh panggil ‘MESRA-ISLAM’.
Lagi sekali, MESRA- ISLAM. How cool is that? Kita ada Mesra Alam, sekarang MESRA ISLAM!
( kredit : MediaCorp Publishing )
Kita ni sebagai pelancong beragama Islam memang agak SUSAH bila melancong especially bila tiba bab makanan halal. Saya sendiri yang belajar di luar negara memang mengakui masalah bab makanan dan tempat solat. Kadang-kadang terpaksa bawa bekal sendiri dan solat di bawah tangga atau tempat tersorok kat shopping mall. Jadi tahap kebersihan tu FAHAM-FAHAM je lah. =(
Jadi, pihak HKTB telah merombak Panduan Pelancong dan yang bestnya buku panduan tu ada BANYAKKKKK sangat info pasal makanan halal, tempat menarik, masjid sekitar Hong Kong dan banyak lagi lah. ^__^
So disini saya nak share few info dalam buku Panduan Muslim di Hong Kong
1. Masjid
Masjid Jamia
If korang berada di Central Mid-Levels, korang semua boleh melawat ke masjid tertua di Hong Kong ini. Solat Jumaat dan kelas mengaji Al- Quran juga dibuat disini.
Alamat: 30, Shelley Street, Central
Tel: 852 2523 7743
Masjid Kowloon
( kredit : MediaCorp Publishing )
Lokasi bersebelahan MTR Tsim Sha Tsui dan betul-betul depan Jalan Grandville, masjid Kowloon adalah satu daripada bangunan yang paling dikenali kat Hong Kong kerana menaret yang tinggi. Bangunan masjid yang memiliki empat tingkat itu boleh menampung kira-kira 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Best kan?
Alamat: 105, Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Tel: 852 2724 0095
Masjid Ammar & Pusat Islam Osman Ramju Sadick
Bangunan ini ada 3 tingkat yang merangkumi masjid, pejabat badan-badan Islam, tadika, perpustakaan dan kawasan makan. Dan ada 3 pertubuhan Islam disini : Persatuan Islam Hong Kong, Dana Komuniti Islam Hong Kong dan Persatuan Belia Islam Hong Kong. Masjid itu boleh memuatkan 700 jemaah.
Alamat: 40, Oi Kwan Road, Wan Chai
Tel: 852 2575 2218
2. Masakan Halal
Bab makanan halal pun kita boleh dapat dari panduan Muslim ni tau. Syok kan? Sebab memang melancong mesti ada pekej nak rasa masakan tempat tu sendiri.
Kantin Pusat Islam
( kredit : MediaCorp Publishing )
Ini adalah THE ONLY restoran dim sum halal yang terletak di tingkat lima Masjid Ammar & Pusat Islam Osman Ramju Sadick. Dimsum siu mai, ladu udang dan makanan pencuci mulut Kantonis seperti ban kastard telur pun ada kat sini!
Alamat: 5/F, Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre. 40 Oi Kwan Road, Wan Chai
Tel: 852 2834 8211
Jashan Celebrating Indian Cuisine
( kredit : MediaCorp Publishing )
“Jashan” bermaksud “Keraian” dalam bahasa India. Masakan utama di sini ialah kari ikan Malabari, Ayam Sandal Wood, kebab ayam atau kambing dan nasi pulao. Restoran ini juga satu daripada pedagang QTS (Skim Kualiti Perkhidmatan Pelancongan) di mana standard dan perkhidmatannya berkualiti.
Alamat: 7/F, 1 Peking Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Tel: 852 23127800
Ebeneezer Kebab & Pizzeria
Disini ada masakan seperti 12 adunan berbeza untuk Kebab, Kari, Pizza, Biryani, Salad, dan Fish-N-Chips. Ebeneezer ni boleh dikatakan restoran FAST FOOD HALAL yang terkenal di Hong Kong. Selain di Bay Plaza, Ebeneezer ada 2 lagi cawangan di Wanchai dan Lan Kwai Fong.
Alamat: Shop No.G034A, Discovery Bay Plaza, Discovery Bay.
Tel: 852 29870036
3. Persijilan Halal dan QTS
Persijilan Halal yang dikeluarkan oleh Lembaga Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong dan kedai-kedai dengan tanda QTS (Kualiti Perkhidmatan Pelancongan) yang menunjukkan mereka telah lulus penilaian ketat tahunan bahawa mereka:
- Mempamerkan secara jelas harga;
- Mempamerkan secara jelas maklumat produk; dan
- Memastikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Skim Kualiti Perkhidmatan Pelancongan dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong, yang juga menyediakan bantuan bagi pertanyaan-pertanyaan mengenai pembelian dari kedai-kedai dan restoran yang ditauliahkan dibawah Skim QTS.
JADI, kalau korang nak dapatkan buku panduan ni dalam bentuk SOFT COPY, korang semua boleh hantarkan e-mel kepada [email protected]. ^_^
Kalau korang semua nak maklumat lanjut mengenai Hong Kong, sila lawati DiscoverHongKong.com ! 😀 😀
SELAMAT MELANCONG! Dah melancong, jangan lupa belikan ole-ole 18 barang dua ya! :O