Ini Misi Lima Puluh dan lokasi pertama saya adalah Pavillion.
Misi ini adalah untuk membuktikan dengan menggunakan wang yang paling minimum, kita boleh bergembira di pelbagai tempat yang ada di Malaysia.
Apa yang kita boleh dapat dan beli dengan menggunakan wang yang paling minimum.
Misi Lima Puluh ni khas untuk pelajar atau golongan yang berbajet kecil dan juga pengguna pengangkutan awam. Saya percaya kalau kamu mampu bayar harga parking yang mahal, rasanya kamu juga mampu berbelanja lebih RM 50, bukan?
Saja letak gambar ni. Sebab suka sangat baju print aztec ni.
Baju aztec print RM 20 ( Mid Valley Megamall )
Parkir kereta Rm 5 bersebelahan bangunan HSBC Kuala Lumpur
Orang kata guna hanya RM50 di Pavillion mustahil? Boleh beli apa? Pavillion sinonim dengan perkataan MAHAL. Makanan,minuman, pakaian serba serbi mahal.
Untuk Misi Lima Puluh, syaratnya mudah : Guna hanya RM50 untuk makan, minum dan membeli belah. Tapi pecahan perbelanjaan itu fleksibel.
INI HASILNYA!
Makan tengahari
Lokasi : Food Republic
Sin Chow Mee Hoon, RM 7.90
Teh C Ais , RM 3.00
Jumlah RM 11.00
Pakaian dan aksesori
Eletric Orange Chiffon blouse, RM 15.00 Lokasi : Cotton On, Pavillion
Gelang manik, RM 4.90 dan RM 5.90 Lokasi : Chamelon, Pavillion
Kalendar , RM 2.00 Lokasi : Typo, Pavillion
Jumlah perbelanjaan = Rm 27.80
IKLAN
Minum petang
Lokasi : Food Republic
Set C ( Air soya, Bubur nasi dan char koy ) RM 6.60,
Lokasi : Tokyo Street, Pavillion
Belgium Chocolate Jumbo Wagashi, RM 4.00
Jumlah perbelanjaan = RM 10.60
Jumlah perbelanjaan :
RM 11.00 + rm 27.80 + RM 6.60 + RM 4.00 = RM49.40
Banyak sebenarnya kedai yang menawarkan harga yang murah dan mampu milik untuk aksesori : Chamelon, Daiso, Typo.
Kamu boleh lihat sendiri harga aksesori yang amat murah di Chamelon.
TIPS dan CADANGAN KEDAI
Pakaian : Forever 21, Cotton On, Mango
Makanan : Food Republic ( semua makanan dan minuman ada goverment tax 5% ) dan harga makanan di sana rangenya dari RM7 ke atas dan air pula RM2 ke atas. TAPI, di gerai Toast Box, mereka menawarkan nasi lemak bungkus yang berharga RM2.80. Selain tu ada fastfood ( ini gerenti dalam lingkungan bajet), and kopitiam.
Aktiviti yang kurang guna duit di Pavillion : Menonton wayang, window shopping, ambil gambar guna DSLR kerana banyak pemandangan menarik sekitar Pavillion , lepak minum kopi di Food Republic dan Starbucks.
MISI BERJAYA!
Kalau anda bijak buat perbelanjaan dengan betul memang tak mustahil hanya guna RM50 untuk bergembira di Pavillion.
Jadi, kita tunggu lokasi seterusnya untuk Misi Lima Puluh. Kalau korang ada cadangan lokasi, jom KONGSIKAN!