“ Golden Phoenix “ iaitu cupcake termahal di dunia sekarang mulai dijual dengan harga US$1007 ( RM 3,184 ) sebiji.
Ia diperbuat daripada helaian emas 23 karat, dijual di francais cupcake Bloomsbury sempena pembukaannya di Dubai Mall.
Cupcake ini menggunakan tepung dan mentega organic yang diimport dari United Kingdom disamping coklat Itali dan biji vanilla yang diimport dari Uganda.
Dari proses memasak coklat,menyadur buah strawberry dengan emas hingga kepada hiasan plating, semua ditunjukkan dalam video YouTube yang disertakan di bahagian bawah artikel.
Francais Bloomsbury di Dubai Mall yang baru dibuka
Pelbagai pilihan kek cawan dan makanan lain terdapat di Bloomsbury. Nampak sedap betul.
Untuk menambah kemewahan, cupcake itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi yang dicelup didalam emas yang boleh dimakan.
Sebelum ini banyak pihak membuat cubaan kek cawan termahal dunia tetapi ianya tidak boleh dimakan kerana menggunakan permata dan mutiara yang tidak boleh dimakan.
Kek cawan ini boleh dipesan di francais Bloomsbury Dubai Mall dan mengambil masa 48jam untuk disiapkan.
Video membuat kek cawan Golden Phoenix
Kek cawan yang bertatahkan cincin berlian yang berharga US$55000 ( RM174000 ) yang dibuat sempena Hari Kekasih
Kek cawan ini berharga US$30,000 ( RM 94,762) dibuat oleh syarikat Mervis Diamond Importers
Yelah, kalau mampu apa salahnya terutamanya bagi golongan berkemampuan atau ingin memberi kejutan pada orang yang disayangi. Mungkin cupcake bertatahkan emas ni memberi sedikit kelainan dari segi rasa kemewahan. Tapi dengan harga RM3000 lebih, anda boleh membeli 1000 biji kek cawan biasa!