Adakah anda menghidap aneroksia?
- Adakah anda rasa anda gemuk walaupun semua orang kata anda tak gemuk?
- Adakah anda takut jika berat badan anda bertambah?
- Adakah anda pernah menipu mengenai tabiat makan ada yang kurang sihat?
- Pernahkah kawan-kawan dan keluarga anda menegur tentang berat badan,penampilan dan tabiat pemakanan anda?
- Adakah ada melakukan senaman yang esktrem jika anda mendapati berat badan anda naik?
- Adakah anda rasa lebih gembira jika anda tidak makan, bersenam esktrem ?
- Adakah kegembiran hidup anda berdasarkan berat badan dan saiz baju anda?
Tanda-tanda seseorang terkena anoreksia:
- Diet walaupun dah tahu badan sendiri tu kurus. Sangat kurus dan lemah/lesu karena kurang gizi dan zat.
- Obses dengan pengambilan kalori, lemak dan nutrisi – Selalu baca label di belakang makanan sampai siap simpan food diari lah. ( Ini kisah benar kawan saya )
- Berlakon atau menipu mengenai habit makanan – Ada penghidap aneroksia ni sanggup membuang makanan kerana tak mahu makan.
- Tidak mahu makan makanan seperti susu, daging, nasi, gandum, dan lainnya yang dipandang dapat menaikkan berat badan. Pokoknya dia ni tengok semua makanan tu BERLEMAK
- Obses dengan penimbang and I mean it. Boleh dikatakan setiap hari mereka akan timbang berat badan mereka.
- Selalu rasa diri mereka ni gemuk.
- Sering pening kepala dan rasa nak pitam.
- Bersukan dengan berlebih-lebihan dan tidak makan walaupun setelah melakukan aktiviti sukan yang berat.
- Kurang terlibat dengan kegiatan sosial, terutama pesta dan pertemuan yang melibatkan makanan
- Stress dan depression
- Terputus haid seketika ( bagi pesakit aneroksia kronik )
Secara ringkasnya aneroksia ni orang yang tak MAHU MAKAN kerana obses untuk KURUS. Dan kebanyakkan orang yang mengalami penyakit aneroksia ni tak perasan yang mereka ni kurus melampau dan selalunya adik-adik remaja perempuan yang obses untuk kurus. Pada awalnya mereka ni hanya nak cuba menurunkan berat badan atau hanya ingin tubuh yang ideal, namun keinginan itu lama-kelamaan berubah menjadi obsesif dan berada diluar kawalan.
Ertinya, mereka sudah ada satu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah ditanam di dalam otak) bahawa tubuh mereka itu tidak ideal. Mereka rasa tubuh mereka gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.
Ya. Lelaki pun ada menghidap aneroksia.
Saya mempunyai seorang kenalan yang mengalami aneroksia. Berat badannya menurun hingga 38kg dari berat ideal 55kg. Dia sentiasa merasakan diri dia gemuk dan saiz pakaian yang dipakai adalah saiz KANAK-KANAK. Pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan akibat badan terlalu lemah. Dia bersukan selama 4-5 jam setiap hari ( jenis ekstrem punya dekat gym ). Mula-mula dia ingat dia kurus sebab dia berdiet ekstrem, tapi bila dah jumpa doctor last-last doctor cakap dia ni dah kena penyakit aneroksia. Yes, kebanyakkan pesakit aneroksia tak tahu yang mereka ni ada aneroksia. Keadaan dia sekarang selepas 5 tahun, dia kembali pulih mendapat berat badan ideal sebab doctor nasihat dia mengenai pemakanan sihat dan sekarang ni dia pun dah kahwin.
Dan penyakit aneroksia ini boleh MEMBUNUH kalau dibiarkan.
Ana Carolina Reston ( gambar bawah ) , 21, mati kerana penyakit aneroksia nervosa. Dia mempunyai ketinggian 1.74m dan berat hanya 40kg semasa dia meninggal.
Selebriti seperti Nicole Richie dan Mary-Kate Olsen ( gambar bawah ) dikecam kerana mempunyai tubuh badan yang tidak sihat.
Sumber : http://www.thefrontrowview.com/
Aneroksia dan kehamilan
Untuk mendapatkan bayi yang sihat, ibu-ibu mengandung biasanya akan naik berat badan 10kg hingga 15kg. Tapi untuk penghidap aneroksia ni, 10kg tu ibarat naikkan berat 40kg. Jadi jika anda menghidap aneroksia ni selalunya akan mengalami gangguan kitaran haid dan tulang yang rapuh ( ofcourse sebab kurang zat ) dan akan menyebabkan kesukaran untuk melahirkan anak. JIka anda underweight dan tidak menjaga pemakanan yang sihat, confirm akan memberikan mudarat pada baby anda.
Video pengakuan wanita penghidap aneroksia
Video pengakuan lelaki yang menghidapi aneroksia
Saya mahu berubah!
Okay, first of all, kalau anda rasa anda mahu berubah dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, jumpa beberapa kawan rapat dan ceritakan problem anda. Ajak mereka berjumpa dengan doktor. Doktor mesti bagi nasihat yang baik mengenai pemakanan sihat.
Mungkin bagi anda terlampau kurus ni cantik. Tapi bagi yang melihatnya rasa seksa. Serius rasa terseksa dan kasihan.