Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

MYEG : Renew Roadtax dalam 30 minit!

by Aida Sue
July 6, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau zaman dulu, nak barukan lesen kereta, roadtax kereta, bayar bil telefon, eletrik, nak barukan kad pengenalan, kita kena pergi ke pejabat JPJ, ke pusat pendaftaran, bersesak di pejabat pos nak bayar bil dan baharukan lesen memandu. Saya ingat lagi masa saya nak tukar dari IC lama kepada IC baru, saya bertolak puku 7 pagi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Kononnya untuk elak bersesak-sesak. Sekali bila dah sampai situ, bukan main panjangnya beratur. Agaknya mereka berkhemah di sana awal-awal tak?

Okay okay. Jadi saya nak memperkenalkan satu laman web untuk memudahkan kerja kita.. iaitu MYEG ! Encik MYEG ini sangat kacak kerana dia membantu ramai orang menyelesaikan pembayaran bil, renew IC dan cukai jalan dan semuanya DIHUJUNG JARI. Ya, betul-betul dihujung jari.

IKLAN

Apa MYEG ni?

Sila klik SINI untuk melawati laman web MYEG

MyEG bersama kumpulan syarikatnya berkhidmat sebagai sebuah komuniti yang berasaskan informasi dan pusat perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, membuat transaksi dan berinteraksi dengan pihak berkuasa kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Jadinya anda semua boleh guna MYEG untuk :

  • Renew  Lesen Memandu
  • Renew Insuran Kereta
  • Renew Cukai Jalan
  • Renew Permit Pembantu Rumah
  • Saman JPJ
  • Saman PDRM
  • Pembayaran bil telefon dan eletrik
  • Pembayaran Cukai Taksiran

Ya, nak renew permit bibik pun BOLEH dekat MYEG. Nak tengok cukai taksiran pun di MYEG. Nak barukan Cukai Jalan pun di MYEG.

Contoh kalau anda mahu memperbaharui cukai jalan

Cara memperbaharui  auto insurans

Mula-mula kenalah tahu berapa peratus NCD (Non Claim Discount) untuk kereta kita. Dalam MyEG tak ada diberi kemudahan untuk check NCD. Jadi, alternatif lain yang boleh digunakan adalah melalui laman web  MotorTakaful.com.

IKLAN

Check NCD pada bahagian kiri bawah muka depan laman web MotorTakaful.com seperti gambar kat bawah ni.

Isikan pada kotak yang bertanda * seperti nombor plat kenderaan, nombor IC dan last sekali pilih syarikat insurans yang anda gunakan sebelum ini. Anda juga boleh rujuk salinan borang pembaharuan insurans sebelum ini. Simple je.

Senarai peratusan diskaun NCD untuk kenderaan peribadi

Jika anda tidak pernah membuat sebarang klaim insurans untuk kemalangan, anda boleh mendapat diskaun seperti yang tertera di atas. Untuk tahun pertama anda boleh dapat 25% diskaun, tahun kedua 30%, Ketiga 38.33%, tahun ke empat dan seterusnya.

Kemudian, anda boleh terus ke laman web dibawah jika klik SINI

Pastikan anda mengisi semua tempat kosong yang bertanda *

Isikan segala maklumat peribadi anda dan juga kereta anda seperti di atas. Kemudian nilai insurans kenderaan yang  anda mahu bayar. Bahagian Contact Information tu isilah maklumat yang betul supaya nanti bila mahu perbaharui cukai jalan, tiada pula maklumat yang salah yang boleh menyusahkan anda dikemudian hari.

Seterusnya kita ke bahagian Vehicle Information. Anda boleh refer pada salinan geran kenderaan untuk isi kotak-kotak yang diperlukan terutamanya nombor chasis, nombor enjin, bilangan tempat duduk, Jenis kereta, CC kenderaan dan lain-lain. Pada bahagian Financed by, sila rujuk pada salinan geran dan pada kebiasaannya pilih Diri Sendiri kalau tak ada syarikat yang menaja . Kemudian klik butang Get Sum Covered dalam bahagian Coverage Information. Secara automatik, sistem akan membuat pengiraan berapa jumlah insuran yang perlu dibayar.  Kemudian pada bahagian Sum Covered Information anda boleh meletak berapa jumlah yang anda mahu insuran coverkan.

Tetapi bagi setiap model kereta, market value berbeza-beza. Jika anda meletak nilai yang lebih rendah dari market value, popup akan keluar memberi amaran. Ia tidak digalakkan ok.

Bila dah siap isi semua dan membuat pembayaran insurans, anda boleh terus ke laman web MYEG untuk memperbaharui cukai jalan pula.

Atau anda boleh terus membeli insurans kenderaan melalui laman web MYEG sendiri

Klik SINI untuk terus ke laman web MYEG Buying Insurance

Pastikan semua tempat bertanda asterik * diisi dan semua maklumat adalah tepat ok?

Tapi kalau anda tidak tahu atau malas nak buat sendiri, anda boleh juga menggunakan khidmat ejen MYEG sendiri. Selepas anda mengisi borang untuk membeli insurans seperti DIATAS, jika tiada apa-apa masalah, pembayaran boleh dibuat terus menggunakan Online Banking atau kad kredit. Jika berlaku apa-apa masalah semasa menggunakan khidmat MYEG, satu POPUP akan keluar dan mengatakan anda akan dihubungi oleh ejen dari MYEG. Dan biasanya ejen akan menelefon anda keesokan hari untuk memberi pakej terbaik dari MYEG.Sila rujuk gambar dibawah.

Cara baharukan cukai jalan di MYEG

Pertama, untuk membuat akaun baru, anda hanya isi username, password, email, nama, IC dan info lain. Bila dah siap akaun hanya login dan tada!

Anda boleh klik SINI untuk ke laman web MYEG

Kemudian pergi ke laman MyEG > Login > pilih Jabatan Pengangkutan Jalan > pilih Road Tax Renewal ( Baharui Cukai Jalan )

Di ingatkan di sini ada 6 tab berlainan untuk renew cukai jalan, lesen memandu, auto insuran, Semak saman JPJ, Maklumat Kejara dan Permohonan LDL.

Click butang Road Tax Renewal atau ‘Baharui Cukai Jalan’.

Masukkan info seperti yang diminta seperti  Nombor IC, Nama pemilik kenderaan, Nombor Telefon dan lain-lain. Anda mempunyai 2 pilihan sama ada untuk baharukan road tax selama 6 bulan atau 12 bulan.

Cara Penerimaan

Ada 3 cara penerimaan iaitu Home/Office Delivery, Express Delivery dan MyEG Bandar Utama, KL. Cara paling mudah adalah Home/Office Delivery, hanya perlu tambah RM8 untuk kos penghantaran di kawasan Semenanjung manakalaRM 10 bagi kawasan Sabah & Sarawak. Tempoh penghantaran pula adalah dari 2 hingga 5 hari waktu bekerja.

TAPI…

Yang menariknya, Dengan bayaran hanya RM20.00, Road tax ni boleh dihantar dalam masa 6 jam selepas membuat pembayaran. Selain dari pos ke rumah atau ambil sendiri MYEG Bandar Utama, KL. Jadi anda tak perlu dah bersusah payah beratur, berpanas , berpeluh dan bersusah payah nak renew road tax lagi di pejabat JPJ atau MYEG.

Pembayaran

Pembayaran pula  boleh dibuat menggunakan kaedah online banking atau pun kad kredit. Online bankint termasuklah Maybank2u dan CIMB Clicks dan lain-lain. Sebelum membuat pembayaran, anda dinasihati untuk membuat semakan mengenai jumlah yang perlu dibayar. Pastikan laman web online banking itu bukan phishing ok.

gambar Ihsan : SINI

Masa saya menggunakan perkhidmatan ni, road tax kereta saya sampai hanya dalam masa 2 jam selepas membuat bayaran melalui online banking.

Semestinya anda lebih jimat wang jika anda buat sendiri dari mengupah ejen untuk membantu anda memperbaharui insurans kenderaan serta cukai jalan kenderaan anda. Anda boleh jimat sekitar RM 100 hingga Rm300 , tambahan lagi jika anda membeli insurans kenderaan di MotorTakaful.com , diskaun tambahan sebanyak 10% akan diberi.

PS : Syarat nak renew road tax ni, anda hendaklah membayar insuran kereta terlebih dahulu ok?

Sangat mudah. Semudah beli tiket wayang secara online ok. Saya galakkan wanita menggunakan perkhidmatan MYEG ni supaya kita tak perlu bersusah payah lagi nak beratur semua lagi-lagi keadaan sekarang ni bahaya kan?

Jadi selamat mencuba!

ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan