Ramai yang sudah mengetahui berita mengenai kehamilan penyanyi terkenal dari United Kingdom iaitu Adele bersama kekasihnya iaitu Simon Knoecki.
Berita yang gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Adele di laman blognya iaitu http://www.adele.tv/blog/
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya pada masa beliau berkongsi berita itu di blog, beliau sudah pun mengandung 6 bulan kerana due date melahirkan bayi sulungnya adalah pada bulan September tahun ini.
Sebenarnya Adele telah meninggalkan klu yang paling besar iaitu dia tidak hadie ke majlis Billboard Awards pada bulan Mei lalu meskipun Adele menang 12 kategori!
Berikut merupakan gambar Adele semasa dia menghadiri Ivor Novello Awards 2 bulan lepas. Dia memakai baju hitam longgar.
Adele juga dikatakan tidak mahu diambil gambar atau pose untuk gambar walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang mesra media.
Mengikut sumber yang terdekat “ Adele jarang sekali meninggalkan rumahnya kerana dia tidak mahu pihak media menghidu berita mengenai kehamilan beliau. Dia juga telah berhenti melakukan sebarang aktiviti senaman kerana untuk menjaga kandungannya.”
Gambar terbaru Adele =)
Sumber : irockon.com