• Latest
[Food Review] Kempen Passport To Italy , Italiannies @ Paradigm Mall

[Food Review] Kempen Passport To Italy , Italiannies @ Paradigm Mall

July 19, 2012
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

January 27, 2021
Rugi Tak Ambil Tahu Cara Beli Dan Melabur Emas Sekarang!

Rugi Tak Ambil Tahu Cara Beli Dan Melabur Emas Sekarang!

January 26, 2021
Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

January 26, 2021
Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Top Bar Navigation Review - Makanan

[Food Review] Kempen Passport To Italy , Italiannies @ Paradigm Mall

Aida Sue by Aida Sue
July 19, 2012
[Food Review] Kempen Passport To Italy , Italiannies @ Paradigm Mall
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

Hari ini kami nak review restoran Italiannies yang baru sahaja dibuka di pusat beli belah Paradigm Mall yang terletak di tepi lebuhraya LDP. Suasana restoran Italiannies yang terletak di Paradigm Mall ini sangat berbeza dengan restoran Itali yang lain. Suasana sangat romantik dengan lampu samar menimbulkan perasaan yang tenang kepada para pengunjung restoran. Untuk pengetahuan semua dan peminat makanan Italy, restoran Italiannies baru sahaja melancarkan kempen ‘PASSPORT TO ITALY’ dimana promosi selama 2 bulan akan diadakan untuk mempromosi makanan dari beberapa kawasan yang terletak di Italy.

Sebagai permulaan kempen, ‘Passport To Italy’ mengenengahkan makanan dari Campania iaitu kawasan yang terletak di selatan Italy dan berdekatan dengan kawasan Laut Mediterranean. Makanan dari Campania ni banyak berunsurkan makanan laut, herba dan semestinya buah tomato yang segar. Promosi makanan ‘Taste of Campania’ akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2012 dan kemudian kempen ‘Passport To Italy’ akan mempromosi makanan dari kawasan Emilia-Romagna, iaitu kawasan yang terletak di utara Itali.

Passport To Italy : Taste Of Campania ini mengandungi 6 menu makanan yang sungguh lazat dan tidak terdapat di kebanyakkan restoran Itali tau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan disini. Biarpun harga menu nampak mahal, tapi jangan risau kerana kuantiti makanan untuk setiap hidangan boleh dimakan oleh 2-3 orang.

Antipasti

Ravioli Di Mare ( Seafood Ravioli ) RM22.90

Ravioli yang diisi dengan isi ikan salmon yang dihidangkan dengan isi ketam dan salad Arugula. Kuahnya ada rasa smokey dan pekat jadi memang sesuai sangat makan dengan Ravioli berisi isi ikan Salmon tu. Hidangan ini sesuai dimakan untuk seorang.

Menu utama

Spaghetti Al Catoccio ( Baked Seafood Spaghetti )RM45.90

Yang menariknya mengenai menu ini adalah cara hidangannya berbeza dari spaghetti yang terdapat di tempat lain dan dihidangkan di atas kertas minyak. Rasa masam dari sos tomato dan jus lemon dah cukup membangkitkan selera dan membuatkan kita tak muak untuk makan spaghetti ni. Udang dan juga scallopnya sangat segar dan besar disamping bau haruman herba saffron yang semerbak. Yang bestnya scallop dan udang dibakar dulu sebelum dimasukkan dalam Spaghetti Al Catoccio ni, jadi seafood tu tak mudah hancur dan ada bau smokey yang tersendiri. Hidangan ini sesuai dimakan dua orang kerana kuantitinya yang agak banyak.

Seafood Gratina ( Baked Seafood Risotto ) RM42.90

Bagi yang kurang gemarkan spaghetti, kami cadangkan anda cuba menu Risotto ini. Warna pun dah menambat hati,apatah lagi rasanya. Risottonya agak berwarna kekuningan kerana dicampur dengan herba Saffron untuk menaikkan aroma dan rasa. Jangan risau dalam masakan ini pun penuh dengan clam, mussel dan juga udang besar. Hidangan ini sesuai dimakan dua orang kerana kuantitinya yang agak banyak.

Cozze E Vongole Brasati ( Braised Mussels and Clams ) RM32.90

Bagi penggemar makanan laut, menu ini amat sesuai dengan anda. Menu yang mengandungi mussel,clam ini dimasak dengan tomato segar tetapi masih mempunyai ciri-ciri pedas untuk disesuaikan dengan tekak orang Asia. Garlic bread juga disertakan bersama-sama menu ini. Jadi memang best bagi penggemar makanan laut untuk menikmati makanan laut segar ala Itali.

Triglie Al Rosmarino ( Bass and Rosemary ) RM35.90

Ikan bass dibakar didalam oven bersama dengan herba Rosemary, Lemon dan juga jintan manis kemudian dihidangkan bersama Nasi Pesto yang digaul bersama pes daun basil. Ini merupakan kegemaran kami kerana ikannya cukup manis dan segar dan tak melampau kalau saya katakan sebagai ‘honest food’. Nasinya sangat lembut dan wangi manakala isi ikannya lembut dan juga semerbak dengan bauan jintan manis. 5 bintang untuk masakan ini.

Ikan yang sepatutnya digunakan adalah ikan Mullet merah tetapi digantikan dengan ikan Bass kerana tidak mempunyai banyak tulang dan memudahkan pelanggan menikmati menu ni.

Dolci ( Pencuci mulut )

Zabaglione ( Kastard Telur ) RM14.90

Untuk pencuci mulut pula, kami dihidangkan degan kastard telur yang merupakan makanan klasik Itali dan juga dihidangkan bersama anggur tanpa biji yang dibekukan bersama sos coklat dan biscotti. Anggur yang dihidangkan amat segar dan manis sesuai dimakan bersama kastard telur yang agak pekat.

Capucinno menjadi penutup juadah :p Sedap betul bau kulit kayu manis dalam kapucino ni.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Passport To Italy : Taste Of Campania ini, anda boleh layari http://www.italiannies.com.my/whatsnew_passport_to_italy.html

* Menu Spaghetti Al Catoccio ( Baked Seafood Spaghetti ) , Cozze E Vongole Brasati dan Zabaglione menggunakan alkohol dalam penyediaan menu.

Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Wanista Dah Cuba! Makan Malam Sambil Melancong Dengan The Grand Gateway
Review - Makanan

Wanista Dah Cuba! Makan Malam Sambil Melancong Dengan The Grand Gateway

January 4, 2021
Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!
Review - Makanan

Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!

October 13, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan