Seperti yang kita semua maklum, gejala rompakan,penculikan,kecurian semakin berleluasa dan sekarang ini pun banyak kes jenayah terjadi di pusat membeli belah terutamanya di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Boleh dikatakan kes jenayah di ibu kota berlaku tak kira siang atau malam. Tetapi kita perlu tanya diri sendiri. Adakah kita seorang rakyat yang prihatin? Kalau anda ternampak seseorang diragut atau dirompak di tempat awam, adakah anda akan membantu mereka seikhlas mungkin?
Walaupun langkah pencegahan kes-kes jenayah seperti ini sedang dipertingkat dan diperketat, namun kes jenayah di tempat awam semakin meningkat. Oleh itu, baru-baru ini pihak MidValley Megamall yang terletak di Lembah Klang telah mengambil inisiatif dengan memperketatkan sistem sekuriti untuk pengunjung Mid Valley Megamall.
Mid Valley Megamall ada menyediakan perkhidmatan bantuan sekuriti sekirannya anda ingin ditemani ke kenderaan anda dan perkhidmatan ini adalah 24jam. Ini termasuk dari tempat Letak kereta dari Zon A hingga ke Zone C.
Untuk pengetahuan anda semua, sekarang ini beberapa pengawal keselamatan telah ditempatkan di setiap penjuru kawasan parking Mid Valley Megamall dan ini merupakan suatu tindakan bijak untuk mengawal kadar jenayah yang semakin berleluasa. Selain itu di setiap 4 tiang di kawasan parking, ada diletakkan tiang HELP ( rujuk gambar di bawah ) untuk memudahkan pengunjung meminta pertolongan jika berlaku kecemasan.
Untuk mendapatkan perkhidmatan escort ke kenderaan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter sekuriti di aras Letak Kereta P1, Zon A ( Bahagian Selatan) atau di kaunter utama yang terletak di Lobi Mid Valley Megamall atau anda juga boleh hubungi mana-mana pengawal keselamatan yang berada di setiap aras parking.
Anda hanya perlu tekan butang kelabu diatas jika berlaku sebarang kejadian yang tak diingini dan pasukan keselamatan Mid Valley Megamall akan datang membantu anda secepat mungkin. Tiang bercorak ‘checkered merah hitam’ ini diletakkan disetiap 4 tiang di kawasan parking di Mid Valley. Jadi pengunjung tak perlu risau atau takut jika berada berseorang di kawasan parking.
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi sekuriti Mid Valley Megamall di talian ini : 03-2938 3244