Seorang rakan Twitter telah berkongsi satu video mengenai satu perkahwinan seorang budak lelaki remaja yang berusia 16 tahun dengan seorang anak gadis yang berumur 14 tahun. Tiada maklumat lain yang diketahui selain dari nama kedua mempelai iaitu Syafiq dan Yana. Video ini mungkin agak mengejutkan bagi sesetengah pihak kerana kedua-duanya masih berada di bangku sekolah lagi dan perkahwinan di peringkat remaja sebegini jarang sekali berlalu di Malaysia pada masa kini.
Menurut komen yang terdapat di laman YouTube itu , seorang pengguna iaitu Sofian Aziz mengaku bahawa kedua-dua mempelai adalah anak sepupu beliau yang berasal dari Felda Chini, Pahang. Menurut beliau lagi pengantin lelaki ini sudah berumur 17 tahun dan kebanyakkan adik-beradiknya memang jenis yang berkahwin awal.
Lagi gambar snapshot dari video YouTube
Majlis yang diadakan sungguh meriah sekali dan bagi pendapat kami kalau si lelaki dapat memikul tanggungjawab dengan sempurna sebagai seorang suami, apa salahnya? Cuma jika benar anak gadis yang dinikahinya ini berumur 14 tahun, mungkin umur itu agak terlalu muda untuk menjadi seorang isteri,maklumlah jiwa masih remaja. Apa pun, kami mengucapkan tahniah pada kedua mempelai dan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.