Baru-baru saya terbaca artikel di akhbar Harian Metro yang bertajuk Aliff Aziz mahu sunting Anne Ngasri. Saya agak terkejut juga membacanya walaupun selama ini saya tahu yang mereka ini begitu intim. Menurut artikel tersebut Anne Ngasri dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya, Aliff Aziz tanpa melalui proses bertunang. Advance sungguh!
Tak sangka, dalam diam-diam mereka capai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Baguslah, bercinta lama-lama pun tak elok. Bila tarikh berlangsungnya hari bahagia pasangan comel ini tidak pula CAK pasti, tetapi menurut sumber, dalam waktu terdekat. Kalau begitu, tidak mustahil selepas sambutan Aidilfitri atau mungkin beberapa bulan lagi.- H. Metro 2012
Dan menurut artikel di MStar pula, anak-anak Anne dah mula panggil Aliff sebagai DADDY. Amboi, mesranya. Anne Ngasri mempunyai 3 orang anak dari hasil perkahwinan beliau yang terdahulu bersama Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.
“Anak-anak memang rapat dengan Alif dan mereka memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’. “Alif juga tidak kekok melayan karenah mereka dan menerima anak-anak saya dengan hati terbuka. “Usia bagi saya bukan ukuran tetapi kematangannya yang membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya,” ujar Anne. -Mstar Online
Di laman Instagram milik Anne Ngasri pun banyak gambar-gambar comel pasangan ini dan bagi saya umur itu hanya sekadar nombor walaupun Aliff ini berumur 21 tahun manakala Anne berumur 28 tahun. Kesediaan untuk berumah tangga dan kematangan itu paling penting dan eloklah berkahwin daripada buat benda yang bukan-bukan dan boleh mendatangkan fitnah. Sedangkan Rasulullah saw berkahwin dengan Siti Khadijah ra yang pada masa itu berumur 40 tahun dan baginda berumur 25 tahun tetapi hidup bahagia. Tapi itulah, takut juga kalau dah si bakal suami ini terlalu muda, takut tak ada pengalaman lagi nak melayari bahtera berumah tangga lebih-lebih lagi dapat anak instant kan? Apa pun, kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau betul nak mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ni, tahniah kami ucapkan.
Gambar ihsan Google
Info : SINI