Polis memperkenalkan ‘Op Selamat’ bagi menggantikan Ops Sikap sempena musim perayaan, yang turut menumpukan kepada keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggal pemilik ketika balik kampung. ‘Op Selamat’ akan diadakan selama 15 hari bermula hari ini dan oleh itu kami ingin berkongsi informasi dengan anda mengenai perangkap laju atau speed trap yang ada semasa musim perayaan yang bakal tiba. Jadi diharap anda semua berhati-hati di jalan raya dan jangan sampai kena saman pula.
Terdapat lebih 50 perangkap had laju atau speed trap di bawah jejambat, di bawah signboard dan juga dipersimpangan utama di sekitar bandar di seluruh semenanjung Malaysia.
Lebuhraya PLUS ( Arah Utara ) – Di bawah jejambat
- KM456, persimpangan Sg Buloh.
- KM 459, Bukit Lanjan
- KM 309.2, Di bawah jejambat terakhir sebelum Tol Sungai Besi.
- KM 296.5, persimpangan Bangi.
- KM 289.0, jejambat baru selepas persimpangan Nilai Utara.
- KM 286.5, persimpangan Nilai Utara.
Lebuhraya PLUS ( Arah Selatan )
- KM 454.6, dibawah signboard di Sg Buloh.
- KM 11.3, bawah jejambat persimpangan Subang.
- KM 22, bawah jejambat persimpangan Bukit Lanjan.
- KM 302.8, bawah jambatan , persimpangan di Kajang.
- KM 1 di bahagian selatan persimpangan Bangi, arah utara dan selatan.
- KM 289.0, bawah jambatan sebelum tiba di persimpangan Nilai Utara.
- KM 285.8 Nilai Utara.
- KM 213.9, selepas persimpangan Alor Gajah.
Terbaru arah Selatan ( kredit Twitter : @IamAzri )
- Di tengah-tengah jambatan sebelum RNR Senawang.
- Di bawah jejantas di tol Pedas -Linggi.
- Kawasan RNR Pedas.
- Di bawah restoran jejantas Ayer Keroh.
- KM5 sebelum tol Tangkak.
- KM1 selepas tol Merlimau.
- Jalan lama Rembau Sebelum Wet World dan selepas Lubok Cina.
Lebuhraya Elite Hubungan Tengah ( Arah Timur/Utara dan Barat/Selatan )
- KM4.8 selepas tol Batu Tiga/Shah Alam
- KM8.5 Di bawah restoran di persimpangan USJ/Hicom
- KM10.5 Di bawah jambangan sebelum tiba ke persimpangan USJ/Hicom
- Exit dari tol KLIA ke lapangan terbang, dibawah flyover Jalan Pekeliling ( zon hadlaju 90kmj )
Lebuhraya NKVE ( Arah Timur/Utara )
- 300m sebelum tol Jalan Duta ( had laju 60kmj)
- KM 24.9 sebelum tiba di tol Jalan Duta ( had laju 80kmj )
- KM17.5 dibawah jambatan persimpangan Damansara
Lebuhraya NKVE ( Arah Barat/Selatan )
- KM25.3 dan KM25.7 selepas tol Jalan Duta ( had laju 80kmj )
- KM22 dari Jalan Duta selepas persimpangan Y Sungai Buloh.
- KM11.2 dibawah jejambat landasan keretapi.
- Dibawah jejambat di persimpangan Shah Alam
Lebuhraya KESAS ( Arah Timur )
- KM44.8 dibawah jambatan selepas persimpangan Puchong.
Lebuhraya KESAS ( Arah Barat )
- Di kawasan Sungai Besi selepas tol menghala ke Kuala Lumpur.
Pantai Timur
- Kawasan tanda jalan di lebuhraya Karak, terutamanya di persimpangan Y.
- Arah Timur, turun bukit selepas persimpangan Raub.
- Maran ( zon hadlaju 60kmj )
- Paya Bungor ( zon hadlaju 70kmj )
Johor ( Arah Selatan )
- Persimpangan di Tangkak..
- KM 97.3 Di bawah jejambat selepas persimpangan Yong Peng Utara.
- Persimpangan Ayer Hitam.
- Persimpangan Sedenak.
Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ( Arah Utara )
- Kawasan Ayer Hitam ( zon hadlaju 60kmj )
- Kawasan sebelum Perwaja Steel.
- Persimpangan Sg Petani.
- Antara simpang Seberang Jaya dan tol Sg Dua.
- Jambatan Pulau Pinang ( kedua-dua arah zon hadlaju 80kmj )
- KM2 sebelum tol Juru. ( zon hadlaju 90kmj )
Perak ( Arah Utara )
- KM197.1 dan 198.8 , jejambat selepas persimpangan Kamunting.
- KM204.3, selepas persimpangan Kamunting.
- KM214.8, sebelum persimpangan Kamunting.
- KM263 Ipoh Vista Point.
- KM271, Persimpangan Ipoh Utara.
- KM274.4, Persimpangan Ipoh Selatan.
- KM286.9, persimpangan Simpang Pulai.
- KM296, persimpangan Gopeng.
- KM352.6 selepas persimpangan Sungkai.
- KM373, persimpangan Slim River
Perak ( Arah Selatan )
- KM199 sebelum persimpangan Kamunting.
- KM241.9 , persimpangan Kuala Kangsar.
- KM296.1, di bawah papan tanda sebelum persimpangan Gopeng.
- KM297,KM 300, KM308.6 dibawah jejambat persimpangan Gopeng.
- KM372.6 , persimpangan Slim River
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila kongsikan dengan kami.