Siapa yang tidak kenal dengan supermodel yang sinonim dengan personaliti yang panas baran iaitu Naomi Campbell. Beliau memang kelihatan anggun dan menawan bila berada di pentas peragaan dan sudah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam bidang peragaan. Campbell, 42 tahun tidak pernah berkahwin dan kekasih terbarunya adalah seorang bilionnaire dari Rusia, Vladislav Doronin baru-baru ini telah pergi bercuti ke Ibiza , Sepanyol. Tetapi Naomi Campbell yang kelihatan di dalam gambar ini adalah BERBEZA sama sekali dengan Naomi Campbell yang berada di pentas peragaan.
2 rupa Naomi Cambell yang berbeza
Apa dah jadi dengan rambut Naomi Campbell?
Biarpun tubuh badan Naomi yang kelihatan sempurna apabila mengenakan bikini di Ibiza, ia gagal menarik perhatian paparazzi kerana mereka lebih menumpukan pada masalah keguguran rambut kronik yang dihadapi Naomi. Ini bukan kali pertama Naomi telah mencetuskan kebimbangan sebenarnya dengan masalah keguguran rambut beliau. Menurut pakar, Naomi mengalami masalah Alopecia iaitu masalah kehilangan rambut kerana memakai extension rambut secara berterusan. Naomiyang berasal dari Streatham, South London ini memiliki rambut asli kerinting tetapi kerap memakai extension rambut lurus.
Alopecia berlaku apabila extension rambut menarik kuat hujung rambut semulajadi menyebabkan ia hujung rambut semulajadi menjadi lemah dan biasanya ia memberi kesan pada kawasan rambut di dahi. Adakalanya ia mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk rambut asli tumbuh seperti sediakala tetapi bagi sesetengah kes, rambut tidak akan tumbuh kembali dan harus mendapatkan transplant rambut.
Bintang terkenal termasuk Paris Hilton, Victoria Beckham, Britney Spears dan Alexandra Burke dilaporkan telah mengalami Alopecia akibat penggunaan extension rambut yang terlalu kerap.
Selebriti seperti Victoria Beckham, Katie Price, Paris Hilton dan Jennifer Lopez juga turut mengalami Alopecia
Extension rambut boleh memberikan hasil yang menakjubkan tetapi harus dijaga dengan lebih berhati-hati kerana ia boleh merosakkan bahagian folikel hujung rambut dan adakalanya apabil rambut terlalu rosak, ia tidak boleh dibaiki.
Untuk mengetahui apa itu Alopecia, anda boleh layari http://en.wikipedia.org/wiki/Alopecia