Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Top Bar Navigation Review - Makanan

Ramadan : Buffet Buka Puasa di Mosaic, Mandarin Oriental KL

by Aida Sue
August 13, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Hotel Mandarin Oriental sudah lama terkenal dengan dekorasi suasana hotel yang mewah dan moden. Sempena kedatangan bulan Ramadan ini, Hotel Mandarin Oriental telah menyediakan juadah berbuka puasa dari pelbagai hidangan masakan tempatan dan juga masakan antarabangsa di restoran yang terbaru mereka iaitu MOsaic.

IKLAN

Bagi pendapat peribadi saya, restoran Mosaic merupakan diantara tempat yang menyediakan buffet berbuka puasa yang paling sedap dan kami kagum dengan masakan yang dihidangkan. Ianya dihidangkan dengan sangat teliti dan makanannya amat berkualiti. Selain itu suasana elegan dan moden disamping mempunyai ciri-ciri hiasan ala Peranakan digunakan sebagai tema. Makanan pula dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu masakan Melayu, Salad, Jepun, India, Cina, Eropah dan masakan barat serta kuih dan pencuci mulut. Anda juga boleh menikmati hampir 100 jenis makanan yang merangkumi pelbagai masakan dari seluruh dunia. Buffet buka puasa ini diadakan dari 19 Julai hingga 20 Ogos 2012.

Di kawasan tengah terdapat masakan seperti roti, pelbagai jenis keju, Gado-gado, Rojak, Lemang, Rendang, Salad, Kerabu dan lauk pauk Melayu.

Ada lebih kurang 8 jenis air dihidangkan seperti jus epal, jus oreng segar, soya, tebu, air teh tarik pandan, teh tarik biasa, mango lassi dan kapucino.

IKLAN

Di sudut panggang, Mosaic menyediakan bahan makanan mentah seperti lamb chop, kebab, steak daging, sosej, ayam, kerang yang boleh dipilih sendiri dan akan dimasak di depan mata anda untuk memastikan kesegarannya. Disini juga terdapat sate ayam dan daging, serta pizza yang dimasak dengan cara tradisional Itali.

Ratatouille, mash potato, clam rebus, sup tulang juga ada.

Ruangan masakan Cina, anda boleh memilih makanan seperti pelbagai jenis mee dan kuah serta beberapa jenis lauk pauk masakan Cina.

Di ruangan masakan India pula, Mosaic menyediakan lebih dari 5 jenis kari penuh dengan rempah ratus dari India, roti nan, nasi briyani dan nasi putih serta lauk pauk lain.

Sudut Makanan Jepun terdapat sushi segar, sashimi, oyster dan salmon segar.

Chocolate fountain dan terdapat banyak jenis buah dan biskut untuk dimakan bersama salutan coklat cair.

Disudut hujung lain pula terdapat pula kabinet kaca yang menempatkan pencuci mulut. Ia disimpan didalam kabinet kaca untuk memastikan kesegaran makanan dan tidak kering. Tidak lupa juga pelbagai jenis buah-buahan segar.

Personal favourite saya sudah pasti aiskrimnya kerana mereka menyediakan aiskrim sherbet yang sedap dan menggunakan vanilla beans, bukan bahan perasa tiruan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba buffet Ramadan di MOsaic Mandarin Oriental ini, ia boleh didapati dari harga RM108++ dari Ahad hingga Khamis, dan RM128++ untuk hari Jumaat dan Sabtu.

Alamat :

Mosaic
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre
50450 Kuala Lumpur
Tel: 603-2380-8888
Website: www.mandarinoriental.com

Email : [email protected]

Tags: buffetbuffet ramadahnfoodmakanmandarin orientalmosaic mandarin oriental klreview
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan