Semalam satu artikel hiburan di Berita Minggu telah dikeluarkan mengenai Dato’ Yusof Haslam menegur aktres dan pengacara muda Neelofa gara-gara sikapnya yang dikatakan yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam rangka promosi filem terbaru lakonan Neelofa iaitu filem Saya Amat Mencintaimu ( S.A.M ). Menurut artikel yang ditulis oleh Raja Nurfatimah Mawar, pihak pejabat Skop Production mendakwa mereka cuba menghubungi Neelofa menerusi panggilan telefon dan SMS tetapi tidak dilayan. Yusof Haslam juga ada menegur Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular kerana beliau masih setahun jagung di dalam industri dan juga walaupun watak dalam filem S.A.M itu beliau hanya merupakan watak kecil. Filem S.A.M adalah dibawah arahan pengarah muda Syafiq Yusof dan pelakon utamanya adalah Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Berikutan artikel yang dikeluarkan itu, pihak Neelofa membuat kenyataan balas menerusi akaun Twitter milik pegawai perhubungan awam Neelofa iaitu Shawn Amer ( @shawn_amer )
*baca dari bawah ke atas*
Mengikut kata PR Neelofa, pihak mereka hanya mendapat panggilan telefon 2 hari sebelum majlis pratonton filem S.A.M dan memaklumkan Neelofa berada di Mekah kerana ada penggambaran drama lain disana. Mungkin ada salah faham atau berita yang disampaikan kurang tepat?
Jadi kami cuba mendapatkan maklumbalas dari pihak Neelofa mengenai isu yang dikatakan sudah lupa diri ini melalui PR beliau, Shawn Amer. Kami akan update berita ini dari semasa ke semasa. Diharap agar salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik kerana lagipun hari raya Aidilfitri akan menjelang kurang dari seminggu dari sekarang.
Trailer filem S.A.M dan bakal ditayangkan pada 19 Ogos 2012.