• Latest
Info Akta Keterangan 114A : Kempen #Stop114A dan Hari Internet Blackout

Info Akta Keterangan 114A : Kempen #Stop114A dan Hari Internet Blackout

August 14, 2012
Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

January 26, 2021
Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

January 26, 2021
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Makanan Untuk Fat Burning, Boleh Turun 5KG

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Makanan Untuk Fat Burning, Boleh Turun 5KG

January 26, 2021
Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!

Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!

January 26, 2021
Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

January 26, 2021
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Info Akta Keterangan 114A : Kempen #Stop114A dan Hari Internet Blackout

Aida Sue by Aida Sue
August 14, 2012
Info Akta Keterangan 114A : Kempen #Stop114A dan Hari Internet Blackout
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang kurang arif mengenai Akta 114A ini, ia Akta Keterangan (Pindaan) 2012 telah dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012. Melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

Akta 114A : Akta Keterangan ( Pindaan ) 2012 :

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
 
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
 
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.

Anda mungkin akan mendapat masalah jika :

  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen berunsurkan fitnah,cacian atau pelbagai lagi, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada wall page anda, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Anda mempunyai laman Twitter, tetapi seseorang telah ‘tweetjack’ anda dengan menghantar komen yang berbaur fitnah, anda akan dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

Kesan positif :

1. Pengguna internet dan laman sosial lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan di dunia siber.

2. Bertanggungjawab dengan laman sesawang sendiri dan sentiada membuat pantauan dari semasa ke semasa.

3. Lebih matang dalam menyampaikan maklumat serta memberi pendapat.

Kesan negatif :

1. Jika seseorang melakukan kesalahan menggunakan nama anda, anda akan dipertanggungjawabkan. Maknanya : Guilty until proven innocent. membebankan pengguna Internet yang tidak bersalahdituduh menerbitkan kandungan hasutan atau fitnah.

2. Kalau dari segi politik contohnya : Jika orang dari parti politik BN komen berunsurkan fitnah dan buruk di laman web PR, pemilik laman web itu akan dipertanggungjawabkan. Tetapi ada juga yang kata kedua-dua belah pihak akan dipertanggungjawabkan iaitu pemilik komen dan pemilik laman web.

3. Jadi cuba bayangkan jika ada orang yang berniat jahat terhadap diri anda, bila-bila masa dia boleh melakukan aktiviti fitnah dengan menggunakan nama anda di mana-mana dan tidak semena-mena anda yang akan didapati bersalah tanpa pengetahuan anda juga. Pun boleh terjadi.

4. Pihak yang menyediakan forum komuniti dalam talian, blog dan hosting perkhidmatan harus bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan melalui perkhidmatan mereka. Maknanya selepas ini, di portal,forum, website, tiada lagi ruangan komen untuk setiap post dan artikel untuk mengelakkan perkara buruk di atas terjadi. Dan ini bermaknanya sedikit sebanyak menafikan hak kita sebagai pengguna internet dan kebebasan bersuara.

5. Membolehkan penggodam dan penjenayah siber untuk bebas dengan memporak-perandakan akaun / komputer digodam dan pemilik akaun terpaksa bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan / data yang mungkin telah berubah.

Kempen #Stop114A : Hari Internet Blackout

Kempen yang diadakan pada hari ini 14 Ogos 2012 dimana ia bertujuan untuk memberi kebebasan kepada semua orang dalam berinternet dalam memberi info atau maklumat yang tidak semestinya ada di akhbar atau laman web mainstream.  Ia juga adalah inisiatif untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan pada pengguna internet di Malaysia khasnya. Mereka yang mengikuti kempen ini tidak akan aktif online di internet selama 24 jam, atau menyebarkan isu ini di dalam laman sesawang masing-masing untuk meningkatkan kesedaran awam dan sama-sama untuk menolak akta 114A ( pindaan ).

Tags: 14 ogos 2012akta 114ainternet blackout daykebebasan bersuarastop114a
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN
Berita & Isu Semasa

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut
Berita & Isu Semasa

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan