Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Gadis 16 tahun dibakar kekasih panas baran di KL

by Aida Sue
August 15, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang gadis remaja dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin. Gadis itu, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16 tahun  pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Bapa mangsa dikatakan sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama. Tiba-tiba pada jam 3 pagi bapa mangsa mendapat panggilan memberitahu yang Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal. Punca kejadian tidak diketahui dan kami agak pelik kerana ibu angkat mangsa sendiri membenarkan mangsa keluar pada waktu subuh untuk bersahur dengan teman lelakinya yang sememangnya lelaki bukan muhrim? Kenapa tidak diajak saja teman lelaki gadis itu datang kerumah? Kenapa perlu membiarkan anak gadis sunti keluar pagi-pagi macam tu?

IKLAN

Kalau tidak dikawal pergerakan anak remaja lebih lagi yang tinggal dikawasan bandar, nescaya banyak lagi kes tidak bermoral akan berlaku. Kes ini boleh menjadi teladan pada ibu bapa supaya lebih mengawal lagi pergerakan anak-anak mereka. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah.

Tags: 16 tahungadis dibakarmat zakinurul firzanahpanas baranwangsa maju
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan