Sebuah kedai minyak wangi The Fragrance Shop telah mula menjual minyak wangi yang boleh membantu pengurangan berat badan. Prends Moi Eau De Minceur iaitu ‘haruman yang pertama di dunia pelangsingan’ dibuat oleh syarikat Velds. Ia telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Perancis Robertet dan dijual dengan harga £ 29,99 (RM147) bagi setiap botol 100ml. Akhbar Britain, Daily Mail melaporkan produk ini sudah pun mempunyai senarai menunggu khasnya kaum wanita.
Link : SINI
Menurut informasi produk di laman web The Fragrance Shop, wangian ini direka untuk membantu menguruskan berat badan. Ia dicipta berdasarkan penyelidikan neurocosmetic dan mengandungi bahan aktif betaphroline yang akan mendorong pelepasan B-endorfin yang ada di dalam kulit. Kemudian ia dihantar melalui neurotransmitter ( sel saraf ) dan mencetuskan sensasi kesejahteraan, pengurangan tekanan dan peningkatan kepuasan yang akan mengurangkan keperluan untuk pengguna makan berlebihan dan tindakan haruman untuk pelansingan diaktifkan.
Unsur Betaphroline : Betaphroline mampu untuk merangsang pengeluaran beta-endorfin (170%) pada sel permukaan kulit (keratinosit), hanya dengan disembur pada kulit, menghasilkan satu rantaian tindak balas melalui theneuro-pemancar pada sel otak.
Minyak wangi ini didatangkan dalam bauan bergamot, mandarin dan limau gedang, dan bau-bauan bunga seperti lilac, ylang-ylang dan juga melati. Ia juga menggabungkan baukan limau kasturi dan vanila.
Kami kurang pasti pula jika minyak wangi ini sudah pun dijual di Malaysia. Yang pasti, jika ia dijual, pasti ramai yang akan membelinya kerana ia bagaikan produk impian semua orang.