Wajah beliau tidak ubah seperti seorang bintang rock. Dengan rambut yang dipotong gaya mohawk dan diwarnakan dengan merah dan dibahagian tepi rambut, beliau membuat ukiran bintang kecil berwarna kuning, seorang jurutera Nasa serta merta menjadi selebriti internet apabila gambarnya tersiar ketika NASA menyambut kejayaan projek ‘Mars Curiousity’. Selepas beberapa minit gambar beliau disiarkan, pengikut laman Twitternya mencecah 50 ribu orang. Bobak adalah pengarah penerbangan di NASA di Pasadena, California – tetapi malangnya beliau sudah pun mempunyai teman wanita.
Beliau telah diberitahu yang beliau sudah menjadi bintang sensasi di internet dan telah memberi respons di laman Twitter miliknya @tweetsoutloud :
‘If my mohawk gets a few more people excited about science and this mission, that’s awesome.’ Bobak juga mengakui yang beliau menukar fesyen rambutnya bagi setiap misi.
Ferdowsi belajar di sekolah antarabangsa Amerika di Tokyo Jepun kemudian menyambung pelajarannya di University Of Washington. Di antara tahun 2001 dan 2002, beliau menyambung pelajaran di Massachusetts Institute of Technology. Bobak telah bekerja sebagai jurutera sistem di NASA selama sembilan tahun, memainkan peranan yang penting dalam misi pendaratan di dalam projek ‘Mars Curiousity’.
Menurut akhbar the Huffington Post, Presiden Barack Obama juga turut memberi komen mengenai Bobak dan memberi nama jolokan ‘Mohawk guy’ kepada Bobak :
“Saya difahamkan ada seorang lelaki berambut mohawk yang bekerja dalam misi Mars Curiousity ,” kata Obama. “Saya juga fikir untuk mendapatkan rambut mohawk untuk diri saya sendiri tapi pasukan saya tidak menggalakkannya. Tetapi apabila saya mengetahui yang Bobak mendapat beribu-ribu lamaran perkahwinan dari pengikut Twitternya, saya rasa saya ingin mencuba gaya rambut mohawk“, tambah Obama.
Beribu-ribu pengikut Twitter Bobak telah menggunakan pelbagai ayat manis dan kelakar untuk melamar Bobak di internet.
Bukan sahaja dari wanita, malah Bobak juga menerima lamaran perkahwinan dari lelaki di laman Twitter miliknya
Internet meme yang menggunakan gambar Bobak
Projek Mars Curiousity
Projek Mars Curiousity atau Mars Science Laboratory (MSL) berjaya mendarat sebuah rover seberat 900kg dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya didaratkan di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah memastikan sama ada Marikh mampu menganggung kehidupannya seperti di planet bumi, mengkaji cuaca di planet Marikh, mengkaji geologi Marikh dan juga mengumpul data untuk misi penghantaran manusia ke planet Marikh.
Gambar Curiousity rover yang telah berjaya didaratkan di planet Marikh
Baca lebih lanjut mengenai Mars Curiousity : website Nasa