Masuk hari ini sudah 3 hari kita menyambut hari Raya. Masing-masing masa bulan puasa sibuk mahu mengurangkan berat badan dan diet, tapi sehari di bulan Syawal sudah memadai untuk menaikkan berat badan kembali. Lodeh, lontong, ketupat, kuah kacang, sebut saja semua sudah terhidang di atas meja. Itu tak termasuk makanan di rumah saudara mara dan sahabat handai. Tetapi adakah anda tahu bahawa sepanjang bulan Ramadhan, badan kita melalui proses detox semulajadi?
Apa itu detox?
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Sayur paling penting untuk proses detox : Celery, Kobis ungu, Brokoli, salad, tomato, lobak merah, epal hijau, nenas, pear, dan lemon.
Makanan yang berwarna yang baik untuk organ dalaman :
Merah : Jantung dan usus kecil
Putih : Paru-paru dan usus besar,
Hijau : Hati, buah hempedu.
Kuning : Pankreas,perut ( gastrik )
Hitam : Buah pinggang dan pundi kencing.
Tempoh masa detox?
Diet detox ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detox ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran ( dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C ). Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur ( baik untuk detox hati tau! ). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detox.
Seperti yang kita tahu memang sukar sangat nak mengelak makanan yang mengujakan semasa bulan perayaan ni. Kalau tak makan, tuan rumah kecil hati pulak. Tetapi sebaiknya anda kurangkan kuantiti pengambilan gula, karbohidrat dan juga kafein.
Siapa perlukan detox?
Bagi mereka yang mudah merasa letih akibat tekanan kerja atau mereka yang gemarkan makanan proses atau segera, anda digalakkan mencuba diet detox ini. Mereka yang kerap selsema atau demam pun perlu mencuba. Tetapi anda diingatkan bahawa, diet detox ini bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi hanya untuk membantu anda mendapat kesihatan badan yang baik.
Golongan ibu-ibu mengandung dan berpenyakit kronik seperti sakit jantung ke tak digalakkan mencuba diet ini tau.