Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Wanita Tuntut Hak Tidak Berbaju Seperti Lelaki

by Aida Sue
August 28, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Berpuluh-puluh wanita menayangkan payudara di New York dalam satu tunjuk perasaan sempena sambutan Hari Mendedahkan Dada Kebangsaan kelmarin. Wanita-wanita tersebut menuntut supaya diberi hak sama rata untuk mendedahkan dada seperti lelaki secara bebas.

Menurut penganjur dan aktivis Karen Heaven, “Jika ada lelaki mendedahkan dada sesuka hati di taman, tiada orang pun yang peduli. Ini tidak adil. Sekarang sudah masuk tahun 2012, kenapa pula wanita tidak boleh mendedahkan dada mereka?”,

IKLAN

Protes yang serupa telah dijadualkan di kira-kira 30 bandar  AS dan 10 lagi bandar lain di seluruh dunia. Hari Mendedahkan Dada atau National Go-Topless Day telah diadakan sejak tahun 2007 oleh seorang jurnalis sukan bernama Rael. Di Bandar New York, wanita dibenarkan mendedahkan dada mereka di tempat awam, tetapi tidak di tempat-tempat lain di Amerika Syarikat. Ini merupakan diskriminasi bagi wanita dan Heaven mahu kesamaan sepenuhnya di antara lelaki dan wanita.

Bagi pendapat saya hak kesamarataan wanita dan lelaki tidaklah merangkumi semua aspek. Maknanya tidak semua benda boleh dituntut samarata. Kebanyakkan wanita mahu hak asasi mereka sama rata seperti lelaki contohnya dari segi kebebasan bersuara, pekerjaaan atau gaji serta lain-lain. Persoalannya jika wanita pun boleh tidak berbaju seperti lelaki, maka selepas ini, jantina pun tidak pentinglah untuk manusia. Ada hak yang perlu kita tuntut, ada juga hak yang tidak munasabah yang perlu kita tolak tepi. Tepuk dada tanya hati.

 Gambar uncencored di sini

IKLAN
Tags: National Go Topless Day. wanita tuntut hak tidak berbaju seperti lelakiwanita berbogel
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan