Siapa sangka ada yang juga orang yang bernama ‘Malaysia’ di tanah air bertuah ini. Malaysia Mohd Yusof, 48 tahun berbangga dengan nama unik dan istimewa yang dimiliknya. Malaysia dilahirkan pada 31 Ogos iaitu bersamaan dengan hari kemerdekaan negara kita. Menurut Malaysia lagi, nama berkenaan dicadangkan bapa saudaranya, Yat Manah, yang juga guru agama sejurus dia dilahirkan 48 tahun lalu. Menurut bapa saudaranya, nama itu diberikan sempena peristiwa bersejarah iaitu penukaran nama Tanah Melayu kepada Malaysia sebaik Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.
“Ketika saya lahir, ayah tiada di sisi kerana bertugas sebagai pembalak di Pahang menyebabkan bapa saudara saya menyegerakan urusan pendaftaran nama saya. Pada mulanya dia dia akui mengakui agak malu dengan nama itu semasa dia masih kecil kerana namanya agak lain dari yang lain. Namun kini sangat berbangga kerana memiliki nama yang begitu bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia. Malaysia yang ditemui pada majlis sambutan hari raya anjuran Felcra Kampung Kurnia berkata, dia kini berasa bertuah dengan nama diberikan itu.
Sumber : Harian Metro
Mungkin selepas ini ramai lagi anak merdeka yang menggunakan nama sempena nama pemimpin Malaysia pula contohnya seperti Mahathir, Abdul Razak, Mohd Najib, Nik Aziz, atau mungkin… Rosmah? Siapa tahu nama-nama ini mungkin membawa tuah? Sebenarnya nama yang diinspirasikan dari nama negara atau tempat ini agak normal di tempat-tempat lain. Ada yang menggunakan nama Sydney, Paris, London, Virginia, America, Austin, Asia dan lain-lain.
Adakah anda juga mempunyai nama yang unik atau kenal dengan orang yang mempunyai nama unik atau istimewa?