Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Nantikan 12 September 2012 : Apple Mungkin Umumkan iPhone 5!

by Aida Sue
September 6, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menghantar jemputan kepada pihak media, dan jemputan itu memaparkan angka “12” dengan bayang-bayang angka “5” kelmarin. Apple bakal menganjurkan satu acara khas dan ramai menjangkakan mereka bakal memperkenalkan iPhone 5 kepada umum pada tarikh tersebut.

iPhone baru dijangka mempunyai skrin yang lebih panjang, kelajuan rangkaian 4G, pemproses yang lebih cepat dan beberapa lain-lain perubahan struktur luaran dan dalaman. Walau bagaimanapun ini merupakan khabar angin kerana terlalu banyak spekulasi mengenai telefon pintar yang dikeluarkan di internet dan syarikat Apple memang sejak dulu amat berahsia mengenai produk keluaran mereka. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan produk telefon pintar iPhone 4s dimana mempunyai ciri-ciri kamera yang mempunyai nilai pixel yang lebih besar , fungsi multi gesture, dual core A5 chip,  dan tambahan seperti suara pembantu Siri.

IKLAN

Apple juga khabarnya akan memperkenalkan iPad yang mempunyai saiz yang lebih kecil dari saiz asal iaitu 10 inci untuk bersaing dengan tablet yang bersaiz 7 inci yang banyak terdapat di pasaran seperti Kindle Fire dan juga tablet Nexus 7. Walaupun begitu, mereka mungkin akan mengumuman iPad mini pada acara yang berlainan yang mungkin berlangsung sekitar bulan Oktober nanti.

Apple akan mengadakan acara pengumuman khas di San Francisco pada pukul 10 pagi. Syarikat Apple biasanya akan mula menjual gajet baru hanya beberapa minggu selepas produk itu diumumkan, dan terdapat spekulasi bahawa gajet terkini mereka akan dijual pada  September 21 2012.

Harga

iPhone 4S 16GB dijual pada harga runcit RM2,199 manakala 32GB dijual pada harga RM2,499. Jika iPhone5 diumumkan dan dijual pada bulan ini, harganya mungkin mencecah RM2800 hingga RM3500 untuk iPhone yang mempunyai simpanan data yang lebih besar iaitu berkemungkinan mencecah sehingga 128GB.

Berikut merupakan maklumat mengenai iPhone 5 yang diketahui sehingga kini :

  • Pakej iPhone baharu mungkin akan menggunakan fon telinga yang direka semula.
  • IOS 6 App Store mungkin kelihatan seperti ini.

  • Ia mungkin  mempunyai skrin yang lebih panjang dari iPhone yang ada di pasaran iaitu 4.08 inci.
  • Anda juga mungkin terpaksa membeli adapter baru kerana mungkin saiz penyambung dok nya lebih kecil.

Sumber info : TechCrunch

IKLAN
Tags: apple iphone 5 Malaysiaiphone 5 12 September 2012iphone 5 baru
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan