• Latest
You Da One – Lagu-lagu Cover Terbaik

You Da One – Lagu-lagu Cover Terbaik

March 23, 2012
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Top Bar Navigation Review - Muzik

You Da One – Lagu-lagu Cover Terbaik

Aida Sue by Aida Sue
March 23, 2012
You Da One – Lagu-lagu Cover Terbaik
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hai semua! Apa khabar agaknya korang di hari Ahad yang indah ini? Bagi yang kebosanan dan tak tahu apa nak buat di alam maya ni, saya nak kongsikan beberapa penemuan saya semasa saya melayari Youtube untuk mencari cover terbaik bagi lagu You Da One dendangan Rihanna. Memang ketara saya ini peminat beliau kan? :8| Mungkin dengan adanya video-video ini, kamu tahu apa kamu nak buat di alam maya. Gitu.

Sebelum itu, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang lagu-lagu cover yang banyak dimuatnaik di Youtube. Bagi saya, video yang mendapat lihatan tinggi tidak semestinya mempunyai kualiti nyanyian yang bagus. Begitu juga kalau video dirakam cantik dengan pelbagai alatan yang canggih-manggih. Tak semestinya nyanyiannya sedap. Saya kurang gemar lagu yang pada asalnya rancak dinyanyikan dengan lemah lembut penuh lenggok. Ia seperti kamu cuba memadamkan semangat seseorang yang hendak bersenam dengan memasangkannya lagu patah hati! Perumpamaan saya kurang tepat, tapi apa yang saya ingin katakan, lagu rancak dinyanyi dengan lembut, memang turn off!

Saya menemui beberapa video yang saya rasa sangat best, malahan ada yang lagi best dari lagu asal sendiri (maaf Rihanna :B ). Tetapi ada juga beberapa lagu yang membuatkan saya rasa ingin memberitahu penyanyinya, “tolonglah pilih lagu lain, bukan lagu ini! Kamu membuatkan airmata saya mengalir sedih!”

Saya menjumpai lima video cover terbaik bagi lagu You Da one. Saya mulakan dengan yang bagus ke yang paling terbagus. Sebagai rujukan, di akhir artikel, saya letakkan Youtube lagu asal dari Rihanna. Kalau kamu rasa, ada video yang lebih bagus lagi, janganlah segan, cadangkan video itu di ruangan komen di bawah.

5. AILEENwithitt

Mendapat 13,861 views, AILEENwithitt membuat satu cover yang simple dan senang telinga mendengar. Nyanyiannya sangat straight to the point dah tidak meleleh-leleh, memang menepati kriteria saya. Dan saya suka, dia sangat bermurah hati berkongsi chord yang digunakan di info box Youtube. Bolehlah rakan-rakan mencuba nyanyi sendiri di rumah nanti.

4. Freak Morice

Mereka bertiga ni adik beradik. Suara Kahlia (penyanyi) sedap. Tapi, apa yang mengganggu saya ialah, Kahlia kerap kali mengerling ke arah kiri dan kanan, bukan cuma fokus ke arah kamera. Dia nampak terganggu. Dan saya pula asyik menumpukan perhatian pada adik-adik Kahlia di belakang. Hahaha. Tapi, dari segi kualiti nyanyian, memang bagus! Cuma mungkin Kahlia perlu bertenang sedikit, dia kelihatan seperti ‘marah’.

3. Pentatonix

Beatbox, mouth-astic. Memang hebat. Harmoni yang sangat merdu dan tepat. Tapi, kalau boleh saya kritik, saya cuma berharap kalaulah mouth-bass dan beatbox ‘menyanyi’ jauh sedikit dari mikrofon, tentu dendangan kumpulan Pentatonix ini lebih sedap. Suara bass dan beatbox terlalu kuat dan mengganggu nyanyian penyanyi utama. Tetapi walau bagaimanapun, saya tetap suka!

2. Tyler Ward

Apabila lagu Rihanna di-pop rock kan sikit, inilah hasilnya. Saya suka kerana Tyler Ward masih mengekalkan bahagian penting yang menyebabkan lagu ini unik (bahagian ey ey ey. Kfine, saya tak reti nyanyi, tapi kamu faham maksud saya kan?). Cubalah dengar sendiri, dengar sampai habis ok?

1. TERBAIK! Kumpulan Ahmir dan Alexa Goddard

Ini pun kamu mesti dengar sampai habis, kerana intro lagu ini bagi saya ada sumbang sedikit. Kalau tak dengar sampai habis, memang takkan tahu yang kemudiannya, nyanyian mereka menjadi sangat merdu dan segar. Walaupun muzik telah diubah sedikit, cara nyanyian pun agak berbeza (tapi bahagian penting masih ada) tapi sungguh! Sedap betul nyanyian mereka. Malahan, kalau bukan kerana saya peminat Rihanna, pasti saya katakan suara Alexa Goddard itu lebih sedap dari Rihanna sendiri. Tahniahlah Ahmir dan Alexa Goddard atas kolaborasi berjaya ini!

Dah sudah kita menonton 5 Youtube terbaik cover lagu Rihanna – You Da one, sekarang saya nak tunjuk dua video yang…agak menarik untuk dikongsi (._.)

VanJess24

Kalau di atas, saya katakan penyanyi Freak Morice menyanyi seperti marah, mereka berdua ini pula menyanyi seperti bila-bila masa saja akan membaling keyboard elektronik itu ke arah saya. Mungkin bagi mereka maksud lagu You Da One tu adalah You da one that I want to kill kot :B

Tae Brooks ft. Juke

Ah adik Tae Brooks. Lagu Rihanna jadi catchy kerana bahagian ey-ey-ey tu lah. Kalau takde bahagian tu, lagu tu jadi kurang menarik. Jadi bila adik Tae Brooks lenggokkan bahagian tu, terasa lelehan tahi telinga terkeluar di telinga kakak aidasue. Tapi mungkin adik Tae Brooks ingin menjadi pelapis Justin Bieber? Kalau betul, jadi carilah lagu yang lebih sesuai untuk dialun-alunkan ok?

Kalau kamu ada komen berlainan dari saya tentang video-video di atas, saya terbuka pada sebarang pendapat dan komen. Sebelum mengakhiri artikel ini, jom dengar lagu asal You Da One dari Rihanna. Awas adik-adik berumur 18 tahun ke bawah, sila tonton bersama ibu bapa atau penjaga :8|

Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Review Pembesar Suara Mudah Alih ‘Logitech UE BOOM’
Hiburan

Review Pembesar Suara Mudah Alih ‘Logitech UE BOOM’

November 9, 2015
Pelancaran Album Solo “Angin Kencang” Noh Salleh
Hiburan

Pelancaran Album Solo “Angin Kencang” Noh Salleh

October 29, 2014
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan