Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh seorang lelaki yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga si isteri yang koma. “DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung,” kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu. “Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin,” tambah Abil lagi.
Pasangan yang telah bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri apabila isterinya Fauziah Muhamad, 38, mengalami serangan asma pada 22 Jun tahun lalu dan menyebabkan jantung Fauziah berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit yang mengakibatkan 93 peratus bahagian otaknya tidak berfungsi.
Abil dan Fauziah saat meniti bahagia di hari perkahwinan mereka pada tahun 2009.
Abil masih setia menjaga isterinya Fauziah dengan penuh kasih sayang. Semoga cinta mereka sampai ke syurga.
Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri Abil akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar. Abil yang merupakan bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.
Dear, I berjanji akan terus memberikan kasih sayang pada u dan meluangkan masa with u, selagi waktu masih ada ni,,sekiranya di takdirkan masa dah cukup di dunia ni, InsyAllah I akan tetap mencari u di sana nanti yea,,InsyAllah dear..Mungkin juga Allah nak beri kita kebahagiaan kekal abadi di sana…Hanya kita perlu bertahan n bersabar dgn ujian ini dear….I am so in love with u. Nobody can love u like I do !! – Blog Abil : Warkah Untuk Isteri
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi Abil, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang. Abil dan isteri dapat bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran. Menurut Abil, setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.
“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil. Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.
Emm emm emm lagi syg I ni..dan lagi, dan lagi emm emm emm..Tergolek I ni dah, u dear memang tak nak lepaskan I dari hari tu…U asyik nak berkepitttt dan nak I borak tak henti2 ngan u, pagi, petang, siang malam…..and subuh!!!…..Tolonggggggg….help me, help me..Oh my english..!! I no talk u, u go there n sleep sleep, no disturb meee…oooooo my english againn!!!… – Blog Abil : Warkah Untuk Isteri
Tu nampak gambar di atas tu,,cm tu la sekarang ni u nak I layan u..sentiasa n seluruh waktu..I akan pangku u tiap kali u bgn tido n then tiap petang terutama sebelum I g jogging kat padang berdekatan rumah. Time ni memang I akan borak2 ngan u berkaitan perkara semasa, pasal kisah2 cinta dolu dolu, pasal kesihatan u..sikit2 pasal prono!! hehehehehe..cita sikit then cium pipi u, cita sikit cium pipi u,,tu latihan supaya u tersenyum n ianya berhasil..tiap kali i kiss u, u akan tersenyum sikit. Walaupun sikit n sekejap jea senyuman u, pada I itu satu kejayaan yg besar dalam usaha untuk mendapatkan u kembali ke pangkuan I dalam keadaan sihat..
Macam tu la wanita, time dia org ni sihat kuat merajuk, time kurang sihat lagi kuat dia org ni merajuk….hebat sungguh ciptaan ALLAH….kita ni para suami jangan lokek nak pujuk isteri,, dah tugas kita memujuk bila isteri merajuk,,,ingat yea,,peluk jea isteri kalau dia merajuk,, jiwang2 sikit tak pe,, bukan luak pun…TAPI yg isteri ni pun agak2 la kalau nak merajuk,,sikit2 sudah laaa cian kita para suami ni,,kita tak la pandai sangat nak pujuk,,,lelaki kan,, macho tu kena la jaga gakk……
Abil juga turut mempunyai laman blog yang bertajuk Warkah Buat Isteri dimana dia menulis entri blog untuk isterinya. Setiap bait perkataan yang ditulis Abil membuatkan hati kami tersentuh apabila membacanya. Walaupun dia tahu isterinya sedang koma, Abil tetap setia menulis dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang buat si isteri.
Anda boleh lawati blog Abil untuk membantu pasangan ini dari segi sokongan moral atau kewangan : http://abil4fauziah.blogspot.com/