Selepas Miss Universe Malaysia Sedunia (MUMO) mengumumkan pada bulan Jun bahawa mereka telah bakal mengadakan pertandingan Miss Universe Malaysia 2013, beratus-ratus wanita dari seluruh Malaysia telah menghantar borang permohonan mereka dengan harapan untuk menjadi Miss Universe Malaysia 2013 yang baru yang kini disandang oleh Kimberley Leggett.
Seramai 17 orang jelitawan telah dipilih untuk menjadi finalis akhir Miss Universe Malaysia dan mereka adalah Angely Yew (25), Carey Ng (23), Karissa Simon (23), Marissa Paramaraj (22), Naomi Chandrasegar (24), Natalia Ng Mei Mei (24), Samantha James (18), Sarah Schipper (25), Shareeta Selvaraj (22), Symren Kaur (20), Chammaine Tan (20), Kelsey Rabindran (23), Leanndrea Paramaraj (21), May Salitah Naru Kiob (24), Trisha Tuck (20), Rice Hing Zhiyu (21) dan Jassinta Mirasol (25).
Salah seorang dari finalis ini akan membawa pulang mahkota Miss Universe Malaysia 2013. Selain memenangi kelayakan untuk bersaing untuk gelaran Miss Universe, pemenang Miss Universe Malaysia juga akan menerima gaji bulanan daripada Pertubuhan Miss Universe Malaysia, dan bakal menerima hadiah yang bernilai lebih daripada RM200, 000.
Dia akan menyertai barisan pemegang gelaran yang lalu termasuk Anne Nadine Thomas, Deborah Henry yang semuanya telah pergi ke tahap yang besar dalam kerjaya masing-masing sejak memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia. Empat finalis teratas masing-masing akan menerima biasiswa penuh daripada Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk mengikuti mana-mana kursus pilihan mereka manakala baki finalis yang lain akan menerima biasiswa 50% dari universiti tersebut.
Pertandingan ratu cantik Malaysia adalah merupakan sebahagian daripada franchais antarabangsa Miss Universer yang dimiliki oleh jutawan hartanah Donald Trump, akan mengambil format siri TV realiti yang sama seperti tahun lepas, tetapi dengan beberapa kelainan yang menarik. Siri, bertajuk The Next Miss Universe Malaysia, akan melihatkan finalis yang tinggal bersama dalam “BeautyCamp”, di dalam sebuah banglo indah di Bandar Setia Alam, tempat penaja rasmi untuk pertandignan ini. Siri ini akan disiarkan selama enam episod di 8TV lewat tahun ini. Acara kemuncak majlis dijangka mengambil tempat pada bulan Disember ini di Pusat Konvensyen SP Setia.
Senarai biodata finalis
Angely Yew
Umur : 25
Asal : Alor Setar, Kedah
Hobi : melancong dan fotografi
Carey Ng
Umur : 23
Asal : Kuala Lumpur
Hobi : Melancong, menari dan seni
Chammaine Tan
Umur : 20
Asal : Penang
Hobi: Membaca, membuat kek, melayari internet
Jassinta Mirasol
Umur : 25
Asal : Tawau, Sabah
Hobi : Bersukan dan melancong
Karissa Kara Simon
Umur : 23
Asal : Kuching, Sarawak
Hobi : Yoga, tenis, berenang
Kelsey Rabindran
Umur : 23
Asal : Sunway, Selangor
Hobi : Membeli belah, melancong, menari
Leanndrea Anne Paramaraj
Umur : 21
Asal : Petaling, Selangor
Hobi :Membaca, muzik
Marissa Majella Paramaraj
Umur : 22
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Hobi: Membaca, menyanyi, bermain alat muzik.
May Salitah Naru Kiob
Umur : 24
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Hobi: Membaca dan melayari internet
Naomi Chandrasegar
Umur : 24
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Hobi : Badminton, aktiviti lasak
Natalia Ng Mei Mei
Umur : 24
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Hobi : Melancong dan menari.
Hing Zhiyu
Umur : 21
Asal : Kuantan
Hobi : Kickboxing
Samantha Katie James
Umur : 18
Asal : Kuala Lumpur
Hobi : Swimming, travelling, reading and cycling
Sarah Jade Schipper
Umur : 25
Asal : Taiping, Perak
Hobi: Reading and spending time with her dogs
Shareeta Selvaraj
Umur : 22
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Hobi : Baking, reading, writing and browsing for clothes
Symren Kaur
Umur : 20
Asal : Kuala Lumpur
Hobi : Swimming, dancing, reading
Trisha Kuck
Umur : 20
Asal : Kedah
Hobi: Dancing, yoga, horseback riding, writing