
Alkisahnya dari ruangan gosip Cak Harian Metro menyebut perihal pelakon cantik jelita yang sedang mengukir nama di persada lakonan tanah air dan dia tak lain tak buat Izara Aishah. Kalau mula meniti tangga kejayaan, ada saja pihak yang berdengki, tidak berpuas hati dan mula berprasangka buruk. Jatuh dan menjatuhkan artis lain tu ibarat asam garam dunia artis dah. Masing-masing ibarat cuba menabur pasir di periuk nasi orang lain.
Sebelum ini ada erita mengatakan pelakon jelita sedang mencipta nama, Izara Aishah tidak berdisiplin apabila lewat tiba temu janji. Perkara itu ada disiarkan dalam ruangan gosip tetapi pelakon kelahiran Pulau Pinang itu tidak pernah memberi kenyataan balas. Tetapi mengikut sumber mereka yang pernah bekerja dengan Izara berkata, sepanjang bekerja dengannya, Izara tidak pernah menimbulkan masalah.
Bukan itu saja, Izara pernah mengadakan temujanji untuk sesi fotografi baru-baru ini dan digandingkan dengan beberapa orang lagi artis, Izara orang pertama sekali sampai. Apabila timbul gosip mengatakan Izara tidak berdisiplin dan sering memungkiri temujanji membuatkan mereka yang pernah bekerja dengannya tadi tidak percaya. Pernah juga isu membabitkan disiplin Izara diperbincangkan di kalangan teman-teman industri yang pernah bekerja dengannya. Kata mereka, ada konspirasi yang cuba menjatuhkan nama pelakon jelita itu memandangkan dia kini sedang ‘hot’ dan menjadi pilihan banyak penerbit filem dan drama. Apatah lagi kebanyakan drama lakonannya seperti Vanila Coklat juga Naziha memperoleh jumlah penonton paling tinggi.
Ada pihak cuba menghasut dan ‘membakar’ beberapa pihak yang sebelum ini berhadapan dengan masalah, membabitkan temujanji bersama Izara yang tidak menjadi. Kata sumber juga ia berlaku disebabkan salah komunikasi. Malah ada temu janji dibuat dengan pihak media tanpa pengetahuan pelakon jelita itu. Tidak kurang ada menuduh dan memfitnah Izara sudah pandai demand, naik lemak dan tidak boleh diberi muka. Disebabkan itu juga, apabila ada perkara berlaku membabitkan pelakon itu, mereka akan cuba sedaya upaya menjatuhkan reputasi Izara.
Sebelum ini ramai lagi artis baru yang telah menjadi mangsa konspirasi bab menjatuhkan orang ni. Dah lah industri seni Malaysia ni sekangkang kera je. Buat apa lah nak jatuhkan orang lain. Apa salahnya bersaing secara sihat dengan menggunakan bakat semulajadi yang mereka ada. Sama-sama kongsi rezeki yang diberikan Tuhan, ye dok?

Tahniah juga diucapkan pada Izara Aishah kerana baru saja dilantik sebagai duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden.Banyak rezeki Izara Aishah sejak kebelakangan ni dan kami harap Izara sentiasa ‘cool’ menepis segala anasir negatif yang ingin menjatuhkan reputasinya. Yang penting, kerja keras! Chaiyok Izara!
Sumber : SINI
IKLAN