Dengan gaya renang berirama, koreografi yang unik dan usaha yang gigih, sekumpulan 14 orang pekerja penyelamat dari city pool di El Monte, California telah menghasilkan video berkenaan lagu hangat Gangnam Style daripada rapper K-Pop, PSY. Malangnya, majikan mereka tidak menghargai usaha itu dan kesemua 14 pekerja ini akhirnya dipecat kerana menghasilkan video dua minit yang diberi nama ‘Lifeguard Style’ itu.
Penyelamat yang mahu dikenali sebagai ‘Juliet’ memberitahu media yang video itu dibuat hanya untuk suka-suka bersama rakan-rakan mereka sebelum mereka kembali ke kolej dan mereka tidak fikir ia akan menyinggung perasaan sesiapa.
Oleh itu satu laman Facebook yang diberi nama Bring back the 14 El Monte Lifeguards dibuat untuk menuntut keadilan kerana mendakwa mendapat layanan yang tidak adil daripada bekas majikan mereka. Sehingga kini laman itu mendapat 3400 like
Lihat video di bawah: