Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

Guinness Arthur’s Day : Persembahan Dari Mizz Nina, Ning Baizura Tarik Diri

by Aida Sue
September 13, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Konsert Guiness Arthur’s Day diadakan setiap tahun di Malaysia sejak dari tahun 2009 untuk menyambut ulangtahun ke 250 syarikat pembuat minuman keras Guinness. Konsert ini diadakan di beberapa bandar di seluruh dunia termasuklah Dublin Republic of Ireland,  Kuala Lumpur Malaysia, Lagos Nigeria, New York United States dan Yaoundé Cameroon.

IKLAN

 Pada tahun ini tiada konsert akan diadakan seperti tahun-tahun lalu tetapi ia adalah parti yang diadakan selama sebulan dan  bakal diadakan di pub-pub terkemuka Kuala Lumpur  ( tahun sebelum ini ia diadakan di Sunway Lagoon dengan kehadiran Black Eyed Peas di Selangor Turf Club  ) dan juga akan diserikan dengan persembahan artis terkemuka seperti MizzNina, Ning Baizura, dan lain-lain.

 Tetapi baru-baru ini kecoh di akhbar-akhbar utama yang membidas tindakan Mizz Nina dan juga Ning Baizura kerana mengambil bahagian untuk membuat persembahan sempena Guinness Arthur’s Day 2012. Untuk pengetahuan semua, MizzNina telah membuat persembahan untuk Guiness Arthur’s Day sejak dari tahun 2010 lagi bersama kumpulan Pop Shuvit, DJ Fuzz, Melissa Indot dan ramai lagi artis antarabangsa. Persembahan kali ini diadakan di salah sebuah pub  Souled Out yang terletak di Seri Hartamas pada 28 September 2012. Memang dah sah-sah mereka akan menyediakan minuman keras untuk para pengunjung.

 Ini merupakan respon yang diterima dari MizzNina mengenai isu ini : ( sumber )

Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minuman keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang. “Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini. “Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

 “Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

 Lain pula dengan Ning Baizura kerana dia mengatakan yang dia akan menarik diri dari membuat persembahan bersama-sama dengan MizzNina dan kenyataan dibawah dibuat di laman web rasminya  .

IKLAN

 Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet. Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

 Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

 Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

 Jadi apa pula pendapat anda dengan isu ini? Wajar atau tidak wajar artis beragama Islam terlibat dengan konsert atau persembahan nyanyian untuk syarikat pengeluar minuman keras? Ataupun sebenarnya ia bukanlah isu besar pun?

 

Tags: Guinness Arthur’s Day 2012 malaysiaGuinness Arthur’s Day MizzNina Ning BaizuraMizz Nina Guinness Arthur’s Day
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan