Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

25 Perkara Mak Ayah Mahu Anak Mereka Tahu

by Aida Sue
September 13, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Berikut merupakan beberapa perkara yang kebanyakkan ibu bapa mahu anak mereka tahu. Biarpun tidak banyak, namun kami mahu berkongsi beberapa nasihat dan panduan buat semua insan yang bergelar anak. Semua dapat dijadikan iktibar dan pedoman buat kita.

IKLAN
  1. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
  2. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
  3. Cari orang yang boleh gembirakan kamu dan berbaik-baiklah dengan mereka. Ketawa itu ibarat vitamin. Dan kita sentiasa perlukan vitamin untuk badan kita.
  4. Anak gadisku sayang.. Perempuan harus menjaga kesucian diri ,jika kita biarkan orang lain merenggutnya,maka derita itu akan kita bawa seumur hidup kita.
  5. Bacalah bahan bacaan seperti sajak dan puisi. Agar kamu dapat belajar bahasa yang indah-indah. Dalami ilmu agama sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya doalah kesejahteraan kami, sekali sehari pun sudah memadai buat kami.
  6. Tidak salah kamu mahu melihat video atau gambar-gambar tidak senonoh kerana mungkin bagi kamu ia menyeronokkan. Tetapi jika anda melakukan hubungan intim dengan orang yang anda sayang dan ambil berat serta secara halal, itu adalah seribu kali lebih indah dan menyeronokkan.
  7. Menangis lah jika kamu mahu menangis. Tak salah jika kamu mahu menitiskan air mata untuk perkara yang mengembirakan atau menyedihkan kamu sekali-sekala. Lelaki juga manusia.
  8. Lihat kedalam mata si dia apabila kamu jatuh cinta untuk mendalami hati dan perasaan si dia. Jangan mudah jatuh cinta tanpa kenal budi bicara.
  9. Pandai-pandailah membawa diri,diluar sana banyak sekali orang-orang yg tidak kamu kenal dengan baik, walaupun kamu rasa ‘mengenal’ orang yang kamu cintai, jangan sampai kamu serahkan mahkota diri kamu padanya sebelum pernikahan terjadi. Kami harap anak-anak kamu tahu menjaga maruah diri dan maruah keluarga. Itu saja yang kami minta.
  10. Buat anak lelaki, jangan memberi komitmen kepada si gadis jika belum betul-betul bersedia nak berkahwin, baik dari segi kemampuan kewangan, persediaan mental, emosi dan diri sendiri.
  11. Habiskan sebahagian dari masa kamu setiap tahun dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kamu. Ia akan mengisi hati kamu dengan kesyukuran dan akan membuatkan kamu lebih menghargai kehidupan kamu. Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.
  12. Jangan sekali-kali berbohong mengenai perkara yang benar-benar penting. Pembohongan pertama akan menyebabkan anda perlu untuk berbohong sekali lagi dan sekali lagi untuk menutup kebenaran. Dan setiap kali anda akan menyimpang jauh dan merumitkan keadaan sendiri.
  13. Cari kerja yang membuatkan kamu bahagia. Jika anda boleh mengubah dunia dalam proses itu, ia adalah lebih baik.
  14. Anakku, jika kamu dapat peluang untuk mengembara ke seluruh negara atau keseluruh dunia, pergilah. Ambil pengalaman dengan suasana berbeza dan bersama orang yang berbeza. Kamu akan belajar lebih lagi berbanding dengan orang yang sama kamu jumpa setiap hari.
  15. Tidak melakukan apa-apa adalah lebih baik daripada melakukan perkara yang salah. Tetapi kamu akan tetap membuat kesilapan didalam hidup. Soalan sebenar adalah apa yang kamu akan belajar daripada kesilapan kamu, itu paling penting.
  16. Jangan tergopoh-gapah untuk berkahwin kerana penceraian itu amat menyedihkan jika kamu berada di dalamnya. Perkahwinan yang bahagia tidak semestinya pada umur yang masih muda, tetapi tetap akan bahagia pada umur 50 tahun jika itu takdirnya.
  17. Wang dan kuasa merupakan kombinasi yang baik, tetapi mereka tidak akan mengisi kekosongan kamu seperti keluarga kamu memberikan kegembiraan kepada kamu.
  18. Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.
  19. Anak lelakiku, hormati wanita sebaik-baiknya. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang lelaki itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang wanita yang kamu cintai.
  20. Hidup dengan gembira, jangan menyerah kalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang kamu inginkan.
  21. Selalu ingat yang ibu dan bapa selalu menyayangi kamu dan sentiasa berada di belakangmu biar apa pun yang terjadi.
  22. Jangan lupakan keluarga kalau dah berjaya nanti. Mak dan ayah tak mahu kamu menjadi seorang yang berjaya tetapi melupakan keluarga.
  23. Cari jalan untuk mengembirakan dan membuat kamu selesa tubuh badan kamu. Kamu tidak perlu tubuh badan seperti atlet untuk menjadi lelaki sejati. Yang penting, kamu gunakan badan kamu dengan sebaik mungkin dan jaga ia.
  24. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

Kombinasi nasihat dari buku Tom Matlack for The Good Men Project dan siri nasihat Luqmanul Hakim pada anak-anaknya.

Tags: 25 Perkara Mak Ayah Mahu Anak Mereka Tahu25 Things I Want My Sons To Knowbuku Tom Matlack for The Good Men Projectnasihat Luqmanul Hakim pada anak-anaknya
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan