Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

‘Innocence Of Muslims’ : Filem Hina Nabi Muhammad SAW

by Aida Sue
September 14, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon utama yang memegang watak sebagai Nabi Muhammad saw. Filem ini menggunakan dialog yang menghina Rasulullah saw.

Sedih apabila melihat sedutan filem Innocence Of Muslims ini di laman YouTube. Sedutan filem ini secara terang-terangan mengutuk dan menghina Nabi Muhammad SAW dan ayat-ayat yang digunakan amat menjijikkan. Ekoran tayangan filem ini di sebuah pawangan kecil di Amerika, empat rakyat Amerika telah terbunuh dalam serangan ke atas konsulat Amerika di Benghazi, Libya, pada hari Rabu lalu, termasuk duta Libya Amerika, Chris Stevens. Serangan itu telah didorong oleh kemarahan mereka dengan filem amatur yang mengejek Nabi Muhammad SAW, menggambarkan beliau sebagai gila, dan juga pencabul kanak-kanak.

IKLAN

Filem ini telah dihasilkan dengan amat buruk dan juga boleh dikatakan filem berbajet rendah. Dialog yang mengutuk Islam dan juga Nabi Muhammad juga telah didakwa telah dialihsuara dan tidak diucapkan oleh pelakon sebenar filem tersebut. Seorang pelakon wanita yang membintangi filem tersebut, Cindy Lee Garcia berkata dia memegang watak kecil di dalam filem itu dan tidak menyangka ia akan digunakan untuk propaganda anti-Islam dan mengutuk Nabi Muhammad. Dia juga khabarnya akan menyaman pengarah filem tersebut kerana memberi reputasi yang buruk terhadap para pelakon filem tersebut.

Seorang lelaki yang bernama Sam Bacile didakwa merupakan  penulis dan pengarah filem tersebut dan di dalam lingkungan umur 52 – 56 tahun dan merupakan seorang Yahudi yang dilahirkan di Israel. Dia juga dikatakan mendapat keuntungan berjuta-juta dolar hasil dari kutipan derma dari penderma Yahudi untuk pembikinan filem ini. Seorang ekstrimis sayap kanan bernama Steve Klein yang selalu terlibat dengan kumpulan anti Islam telah mempromosikan filem ini tetapi mendakwa tidak pernah kenal dengan orang yang bernama Sam Bacile. Dia juga mendakwa bahawa Sam Bacile adalah hanyalah merupakan nama samaran yang digunakan untuk menutup identiti sebenar penerbit filem Innocence Of Muslims.

Trailer Innocence Of Muslims

Filem penuh disini : http://youtu.be/MAiOEV0v2RM

IKLAN

Gambar protes di Libya dan Egypt kerana filem Innocence Of Muslims

Tags: 'Innocence Of Muslims' Filem Hina Nabi Muhammad SAW
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan