Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Tiket Percuma Konsert David Guetta Dengan Digi Dan Bonuslink!

by Aida Sue
September 14, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini saya ingatkan mata ganjaran Bonuslink itu tiada gunanya. Tetapi sejak dari 4 tahun lepas saya sering menggunakan kad Bonuslink semasa mengisi minyak di stesen minyak dan tidak pernah menebus mata ganjaran. Tetapi hari ini saya berjaya menebus 2 tiket ke konsert David Guetta yang bakal diadakan pada 12 Oktober 2012 di Litar Antarabangsa Sepang dari jam 7 malam. Percuma! Siapa tak suka barang percuma kan? :p Tak sangka berguna juga mata ganjaran Bonuslink. Mula-mula ingatkan kena bayar bil atau beli reload Digi baru boleh dapat tebus tiket, tetapi mungkin dah rezeki, saya dapat tiket percuma dengan menggunakan mata ganjaran Bonuslink yang sedia ada di dalam kad.  Bukan satu, tapi dua tiket! Jika anda mahu membeli tiket ke konsert David Guetta, anda perlu membayar  RM138 untuk tiket biasa dan juga Rm218 untuk VIP di Rock Corner.

Baca artikel penuh Konsert David Guetta disini

IKLAN

Sebenarnya saya mendapat info mengenai tiket percuma konsert David Guetta ini menerusi SMS dari Bonuslink dan saya pun cuba mana tahu bertuah kan.

Caranya amat mudah :

1. Anda perlu memiliki kad Bonuslink. Lebih cerah peluang jika anda sudah mengumpul lebih 1000 mata ganjaran.Jangan risau, anda boleh memeriksa berapa mata ganjaran di dalam kad anda di Digi Stores, cuma anda harus memberi nombor kad Bonuslink anda sahaja.

2. Anda dapat menebus 1 tiket Konsert David Guetta dengan setiap 1000 mata ganjaran Bonuslink. Tetapi jika mata ganjaran Bonuslink anda tidak cukup, anda perlu berbelanja minimum Rm100 ( membayar bil, beli reload atau apa-apa sahaja ) di Digi Stores yang terpilih.

3. Berikut adalah Digi Stores yang terpilih : Sunway Pyramid, The Gardens Mid Valley, Bangsar, SOHO dan juga di SS2 Petaling Jaya.

4. Tawaran sah selagi stok masih ada.

IKLAN

:’O

Cara kedua untuk membeli tiket Konsert David Guetta :

Dari 14 – 16 September 2012, pelanggan DiGi boleh menikmati diskaun khas iaitu harga promosi RM108 (NP RM138) bagi setiap tiket apabila mereka membeli tiket dari kedai muzik Rock Corner di pusat membeli-belah The Curve. Mereka hanya perlu menunjukkan logo DiGi di telefon bimbit mereka untuk menikmati diskaun istimewa. 1000 tiket akan disediakan ( siapa cepat dia dapat ) dan  maksimum 5 tiket untuk setiap orang.

Tags: david guetta malaysia 2012david guetta oktober malaysiaDavid guetta sepangdavid guetta tebus mata ganjaran bonuslinktiket david guetta digi bonuslinkTiket Percuma Konsert David Guetta
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan