Hai semua,
Korang selalu melayari Youtube tak? Pernah tak jumpa bakat-bakat online yang memuat-naik nyanyian mereka, samada lagu asal atau lagu cover, yang berasal dari Malaysia? Kalau ada pun, sikit kan?
Jadi sekarang, saya ingin memperkenalkan kepada pembaca semua, bakat seorang pelajar UITM Segamat yang memang terpendam, sehinggakan lagu yang dia nyanyikan dengan SANGAT merdu pun mendapat view yang kurang memuaskan di Youtube. Mengapa ini terjadi? Tak ada promosi, atau kita sendiri yang skeptik pada bakat orang-orang kita?
Saya perkenalkan, Faiz Ariff atau nama glamournya, Sobad. Pelajar UiTM Segamat, Johor ni , walaupun kelihatan seperti berbadan kecil tetapi suaranya sangat macho dan dewasa. Saya belum pernah berjumpa dengannya, tapi jika ada kesempatan, pasti saya nak!
Apa yang membuatkan saya tertarik nak mempromosikan Sobad di ruangan Wanista ini ialah kerana lagu di bawah ini:
Suara beliau sungguh sedap. Petikan gitar juga sangat merdu dan seperti professional. Terus terang saya katakan, saya tak pernah dengar lagu ini. Dan saya bandingkan dengan lagu asal. Maaflah, nyanyian Sobad menang dengan markah yang sangat banyak. Kalau dalam bentuk bintang, penyanyi asal dapat 3 bintang, tapi Sobad dapat 9!
Manakala lagu di bawah ini pula cuma dirakam secara simple, tapi tetap terserlah kemerduan suaranya.
Ini lagu ciptaan Sobad sendiri. Tidak bertajuk.
Saya yakin, sedikit masa lagi Sobad akan menjadi terkenal seperti artis Youtube yang lain. Tambahan pula, beliau memiliki wajah yang cute!
Kamu boleh follow Sobad di Twitter sebagai tanda sokongan kepada beliau, atau boleh view dan like Youtube beliau. Diharap Sobad akan membuat lebih banyak cover atau mencipta lagu sendiri di masa akan datang. Kami di Wanista mengisytiharkan bahawa kami peminat nombor 1 Sobad.
Selamat maju jaya, Sobad!