Untunglah insan yang bernama Dato’ Siti Nurhaliza. Bukan sahaja penyanyi popular dan cantik, dapat pula peluang berjumpa dan mengambil gambar bersama Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton. Dato’ Siti khabarnya telah mendapat jemputan khas Tea Party bersama pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine Middleton di kediaman British High Commission yang terletak di ibu kota. Acara itu telah berlangsung tengah hari tadi dari pukul 2 petang hingga 330 petang.
Berikut diantara gambar yang kami ‘pinjam’ dari laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza ( follow Tokti di Instagram : ctdk )
Kad jemputan ke majlis Tea Party bersama Putera William dan Kate Middleton
Cantik tak Tok Ti?
Boleh tahan ketat pakaian Tokti ya? Apa pun Tokti dan Kate Middleton kelihatan anggun, sama cantik dan sama elegan.