Yuna berpisah dengan kekasihnya Qi
Satu artikel di Oh Bulan hari ini telah menangkap perhatian kami mengenai penyanyi tempatan yang sedang mencipta nama di persada antarabangsa iaitu Yunalis Zarai atau lebih mesra dipanggil Yuna yang khabarnya telah menamatkan hubungan cintanya dengan kekasihnya iaitu pelakon lelaki Qushairi Razali atau Qi. Khabarnya Yuna dan Qi sepakat untuk menamatkan hubungan mereka kerana telah membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada karier masing-masing serta mengalami kesukaran kerana terpaksa bercinta jarak jauh.
Bagi sesetengah orang percintaan jarak jauh atau PJJ ini mungkin tiada masalah tetapi mungkin ada yang tidak selesa kerana terpaksa selalu berjauhan dengan orang yang dicintai. Menurut laporan Oh Bulan lagi, katanya buat masa ini Yuna ingin memberi sepenuh tumpuan pada kariernya yang sedang meningkat naik. Lagipun Yuna masih muda lagi dan masih perlu melalui perjalanan karier yang jauh. Kalau ada jodoh, jarak beribu batu sekalipun, tetap bersama jugak ye dok? Agaknya Yuna mesti harus memilih antara cita dan cinta, namun mungkin CITA menjadi pilihan muktamad Yuna. Apapun, kami mendoakan kejayaan buat Yuna di dalam kariernya!
Konsert Yuna Homecoming 2012
Ha, kami juga ingin berkongsi berita yang sememangnya di tunggu-tunggu peminat Yuna dimana Yuna bakal mengadakan konsert jelajah Yuna Homecoming 2012 iaitu bertempat di Pulau Pinang dan juga Sarawak. Konsert yang pertama bakal diadakan di Pulau Pinang itu akan diadakan pada 10 November 2012 di Penang Times Square manakala satu lagi konsert bakal diadakan pada 16 November 2012 yang bertempat di Sarawak Cultural Village dan kedua-dua konsert bermula pada pukul 6 petang.
Tiket boleh didapati pada harga :
Pelajar : Early Bird RM38 // Pre-Sale RM58 // Door RM68
Biasa : Early Bird RM58 // Pre-Sale RM88 // Door RM98
VIP: Early Bird RM98 // Pre-Sale RM128 // Door RM158
Anda boleh layari laman web www.ticketspro.com.my untuk membeli tiket.
Info lanjut boleh didapati di laman Facebook https://www.facebook.com/