Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Isu : Kes Kedua Gadis Dirogol Dan Disamun Ketika Temuduga Kerja

by Aida Sue
September 20, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT) bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di Taman Segar, Cheras, dekat sini. Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan di Cheras. Hasil siasatan polis mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.  Terpengaruh dengan tawaran menarik itu, mangsa kemudian tidak berfikir panjang dan menghadiri temu duga di sebuah hotel di Taman Segar, Cheras seorang diri sebelum disamun dan dirogol, katanya pada sidang media, semalam. Kejadian itu yang kedua dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, menggunakan modus operandi sama, selepas kes pertama dilaporkan akhir Julai lalu membabitkan mangsa berusia 23 tahun.

IKLAN

“Kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes ini didalangi suspek sama. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek,” kata pihak polis.
Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.  Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 (sambungan 167). Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan, katanya.

Apabila membaca berita ini kami tertanya-tanya, adakah gaji seorang jurujual rm400 sehari? Terlalu tinggi! Dan adakah mangsa tidak merasa was-was apabila ditemuduga di dalam bilik hotel murah? Jadi, wanita di luar sana, adalah amat penting bagi anda untuk menyelidik terlebih dahulu mengenai latar belakang syarikat atau si penemuduga. Takut kejadian sama berulang kali. Laman web mencari pekerjaan seperti Jobstreet juga harus memainkan peranan penting supaya tiada ‘syarikat hanya pada nama’ mengambil kesempatan untuk menipu calon-calon pekerja.

Sumber : Berita Harian

 

Tags: Dirogol ketika waktu temudugaGadis Dirogol Dan Disamun Ketika Temuduga KerjaIsu semasa Malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan