Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Sitcom Terbaru Small Mission Enterprise ( S.M.E ) Bermula 4 Oktober 2012 Di NTV7 @smesitcom

by Aida Sue
September 21, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Stesen TV NTV7 bakal menggunakan pendekatan komedi dalam penerbitan sitkom komedi yang bertajuk Small Mission Enterprise untuk menggalakkan ramai lagi anak muda menceburi bidang perniagaan. Sitkom ini bakal ditayangkan buat kali pertama bermula 4 Oktober ini pada setiap Khamis jam 9 malam.

IKLAN

Majlis pelancaran sitkom Small Mission Enterprise di Pavilion Kuala Lumpur minggu lepas.

Sitkom yang diarahkan oleh pengarah sitkom komedi Douglas Lim ini akan bersiaran selama 13 episod dan dibintangi barisan pelakon muda seperti Baki Zainal, Ash Nair, Alvin Wong, Ruzana Ibrahim, Adibah Noor, Indi Nadarajah dan Chelsia Ng. Penonton bakal dipertontonkan dengan sitkom dari sudut perniagaan dan disamping itu menerapkan nilai-nilai pendidikan tanpa membuatkan penonton merasa bosan. Pihak media telah diberi peluang untuk menonton 1 episod dari sitkom ini dan memang benar, banyak yang boleh dipelajari terutamanya mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan tetapi ragu-ragu dan takut.

S.M.E merupakan siri sitkom komedi berbahasa Inggeris pertama yang mengenengahkan tema perniagaan besar dan sederhana dan menceritakan gelagat 3 sahabat iaitu Mohan ( Ash Nair ), Zam ( Baki Zainal ) dan Jose ( Alvin Wong )  yang menceburi bidang perniagaan bagi merubah hidup mereka. Sitkom ini akan mempamerkan pelbagai cabaran yang selalunya dihadapi peniaga kecil dan sederhana dan setiap minggu penonton akan dihidangkan plot dengan tema berbeza berhadapan dengan cabaran dalam mengharungi perniagaan.

Antara babak yang terdapat di dalam sitkom SME

IKLAN

Terdapat babak seperti mendaftar perniagaan, mencari lokasi strategik, risiko pengurusan, pejabat, sumber manusia, cukai dan isu ini diolah didalam bentuk sitkom yang sangat mencuit hati.

Tags: Small Mission Enterprisesme douglas limSME NTV7
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan