Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Majlis Perkahwinan Mewah Puteri Sultan Brunei Dianggar RM60juta ( 20 Gambar )

by Aida Sue
September 24, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

“WOW! ini baru betul perkahwinan termewah di dunia!” itu yang terpacul tatkala melihat gambar-gambar perkahwinan Puteri kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32, yang telah berkahwin pengantin Pengiran Haji Muhammad Ruzaini,29 tahun, semalam dalam satu majlis yang mempesonakan dan gilang gemilang di istana raja  yang mempunyai 1700 bilik itu. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32, anak kelima daripada Sultan Brunei dan isterinya, Permaisuri Saleha, dan pengantin lelaki Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29, telah melafazkan akad nikah pada hari Khamis lalu di hadapan puluhan keluarga dan kawan-kawan berkumpul, kaum kerabat dan orang kenamaan antarabangsa. Kedua-dua mempelai bekerja dengan Sultan Brunei sebagai penjawat awam. Puteri Hafizah, yang mempunyai ijazah dalam pentadbiran perniagaan, bekerja sebagai seorang pegawai di kementerian kewangan, dan Ruzaini seorang penjawat awam di pejabat Perdana Menteri Brunei.

Pada majlis gilang gemilang itu, pengantin perempuan memakai gaun pengantin berwarna beige bertatahkan kristal manakala pengantin lelaki lengkap berpakaian baju melayu songket lengkap dengan tengkolok, samping dan juga keris, lambang lelaki Melayu sejati.Majlis turut dihadiri lebih dari 3000 tetamu termasuklah golongan diraja, menteri dan kenamaan Asia serta antarabangsa.Antara kenamaan yang hadir adalah Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan juga Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak.

IKLAN

Satu jamuan negara  diadakan pada sebelah petang, di mana ia turut disertai oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan orang kenamaan asing. Ratu Elizabeth II juga menghantar mesej kepada keluarga diraja Brunei yang telah memerintah kesultanan selama 600 tahun itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan perkahwinan mereka bahagia serta diberkati.

Menurut sumber akhbar Daily Mail, majlis perkahwinan mewah itu melibatkan jumlah tetamu seramai 2000-3000 orang dan perkahwinan abangnya yang telah diadakan pada tahun 2004 telah menelan belanja sebanyak RM20juta. Seorang perancang perkahwinan Maya Kalman, pengasas Swank Production di New York telah memberitahu bahawa perkahwinan Hafizah lebih daripada itu. Biasanya perkahwinan mewah melibatkan kos sebanyak USD1000 untuk setiap tetamu. Jadi anggaran jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta ( RM45 juta hingga RM60juta ) , dan itu termasuk acara-acara lain sepanjang minggu untuk merayakan perkahwinan mewah itu.

Gambar Perkahwinan Mewah Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini

IKLAN

Gambar Semasa Raptai Perkahwinan Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini

 

Video

 

Tags: Hafizah Bolkiah Pengiran RuzainiMajlis perkahwinan RM60jutaPuteri Hajah Hafizah Sururul BolkiahPuteri Sultan Hassanal Bolkiahvideo perkahwinan hafizah bolkiah
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan