Lady Gaga merupakan seorang bintang pop yang terkenal di dunia selain turut terkenal dengan pakaian kontroversi dan menjolok mata. Tidak hairanlah apabila ramai peminat yang terkejut melihat perubahan tubuh badan Lady Gaga yang nampaknya sudah ‘membesar’ dan lebih montok.
Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 26, baru-baru ini khabarnya telah naik sebanyak 10kg dan perubahan bentuk badannya kelihatan begitu ketara terutamanya dibahagian kaki. Dia menyalahkan ayahnya, Joe Germanotta yang telah membuka sebuah restoran di bandar New York dan masakan enak ayahnya membuatkan dia makan banyak daripada biasa.Namanya menjadi penghias tajuk utama akhbar tabloid apabila dia mendedahkan tubuh badan dan wajah yang ‘baru’ di sebuah konsert di Amsterdam.
Gaga yang kelihatan seksi sejak menambah beberapa kilogram pada badannya berkata dia tidak merasa sedih atau tertekan dengan fizikalnya tetapi berkata dia akan lebih berhati-hati dengan pemakanannya selepas ini.
Gambar perbandingan tubuh badan Lady Gaga dulu dan sekarang

Gambar semasa Lady Gaga mengadakan konsert di Amsterdam minggu lepas



Gambar terkini Lady Gaga yang mengenakan pakaian yang seperti cuba untuk menyembunyikan tubuh badannya yang semakin montok.



