2 jentera bomba bergegas ke stesen minyak di Alam Damai Cheras apabila sebuah kereta telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal. Ketika kejadian yang berlaku jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran. Sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.
Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku. Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian.
Apa cerita ni? Adakah dia amuk gara-gara minyak naik harga? Macam-macam hal orang kota ni. Nasib baik pemandunya lelaki, kalau pemandu kereta itu wanita? Maunya kena kutuk kerana cuai memandu.Tapi tahan juga kereta Iswara ni. Remuk sikit je. Kalau kereta baru, maunya hancur.
Gambar dari ondscene.my