Daripada carta di atas, kita boleh buat perbandingan mudah antara 3 negara ini.
Di Hongkong, gaji dari $1 hingga $40,000 cukai yang dikenakan adalah 2% manakala gaji $80,000 – $120,000 pula cukainya adalah 12%.
Di Singapura, gaji $1 – $20,000 cukai yang dikenakan adalah $200 manakala gaji $80,000 ke atas cukainya adalah dari 11.5%.
Di Malaysia pula, gaji RM2500 – RM20,000 cukainya adalah dari 1% hingga 7%, manakala gaji RM70,000 ke atas cukainya adalah sebanyak 24% dan keatas.
Jadi sebagai rakyat Malaysia, gunakan hak anda untuk menentukan dasar negara. Kita ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat bukan sekadar pak turut saja. Memang cukai itu perlu tetapi biarlah setimpal dengan keadaan perbelanjaan semasa di Malaysia. Jangan sampai berlaku inflasi lagi sudah lah. Dengan tangga gaji yang lebih rendah tetapi kadar cukai yang agak tinggi, kita terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membeli barang kerana harga barang yang lebih mahal.
Kerajaan juga patut membuat bajet yang lebih mesra belia memandangkan belia yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan baru bekerja memerlukan belanja yang agak besar untuk membina kehidupan baru dengan gaji yang masih rendah.
Jadual cukai dari laman LHDN