Betul ke apa yang kami dengar ni? Azwan Ali bakal jadi hos program hiburan tersohor Astro iaitu PROPAGANZA! Kalau betul lah, memang meletop mak hayam besar seorang ni! Makin banyak rezekinya. Dia yang merupakan produser dan pengacara sensasi mengesahkan bakal muncul buat pertama kalinya sebagai pengacara di dalam program hiburan Propaganza Musim 2 mulai 23 September ini.
Kami pun sudah tengok teaser terbaru abang Azwan Ali di Astro dengan rambut pink lagi! Dan baru- baru ini pun dia juga telah mengeluarkan 1 tweet yang mengiyakan berita ini.

Mengulas lanjut mengenai kemunculannya nanti, Azwan Ali memberitahu dia hanya akan muncul dalam sebuah segmen yang hanya berdurasi 3 minit sahaja.
Malah, Azwan menegaskan segmennya tidak akan menjejaskan tugas Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh sebagai hos utama kerana mereka masih kekal mengemudikan program itu secara keseluruhannya.
Propaganza musim kedua bakal bersiaran di Astro Ria mulai Ahad ini iaitu 23 September 2012, jam 12 tengah hari.
So jangan lupa tengok diva besar mak hayam terkemuka Malaysia ni beraksi ya! Memang kami suka Azwan Ali jadi pengacara. Bahasa Inggerisnya fasih serta butiran percakapannya jelas. Rindu nak tengok telatah Azwan!
Berita asal : Murai.com.my