Kulit yang berwarna putih dan biru ini nampak tipis tapi isinya tebal. Tak sangka dengan hanya 140 huruf, sudah tercipta satu naskhah bacaan ringan yang dikumpul dari Twitter. Cerpen Twitter. Mungkin bagi mereka yang tidak arif tentang apa itu cerpen twitter,ianya merupakan cerita pendek yang menggunakan hanya kurang dari 140 huruf untuk satu-satu cerita. Cerpen Twitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada 15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter.
Pelik dengan cerpen 140 huruf? Kalau tak baca lagi, memanglah terasa pelik. Buku Cerpen Twitter saya klasifikasikan sebagai bacaan ringan yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Buku yang mempunyai 52 muka surat dan mengandungi hampir 500 koleksi cerpen pendek ini mempunyai tiga segmen utama iaitu Drama, Misteri dan juga Komedi. Sebetulnya saya mengharapkan ada segmen CINTA ( maklumlah, orang muda mana tak suka cinta! Ahah! )
Di dalam buku ini, pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ‘bahasa Twitter’ atau bahasa yang sering digunakan di Twitter contohnya macam Retweet, RT, CC, hashtag dan banyak lagi.
Berikut merupakan cerpen dari buku Cerpen Twitter yang menjadi pilihan saya.
Dia ada 3K+ followers. Tolak 1K+ spammers, 1K+ stalkers, 1K+ avatar telur, yang tinggal cuma kurang 50 orang kawan sejati
Orang kata, nak tidur basuh kaki dahulu. Baguslah! Selesa sikit nak hisap ibu jari kaki manusia. Dia keluar dari bawah katil.
Aku bisikkan satu rahsia ke telingamu. Namun semuanya pembohonganku. Jangan beritahu sesiapa!
Jarak memisahkan seharusnya menimbulkan rindu. Tapi mungkin mereka akan saling curang. Dia faham kerana sedang melakukannya.
Orang kata jika gugur bulu mata, ada yang merindui kita. Kalau benar, mungkin ia berlaku kepadanya. Kerana aku rindukan dia.
Ha, menarik kan? Ada lebih 500 cerpen Twitter yang boleh dijadikan inspirasi anda semasa menulis tweet dalam buku ini. Apa tunggu lagi? Belilah! Berapa RM? Tak mahal. Cuma RM15 saja.
Kat mana nak beli? Senang saja.
1. Pls SMS 017-6730235 (Type <CERPENTWITTER>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
Layari TokoBuku
Biodata Penulis
Ajami Hashim merupakan seorang blogger yang juga seorang penulis kritikan filem, teater, televisyen, dan apa saja bidang seni di laman blognya ajamihashim.blogspot.com sejak dari tahun 2006 lagi. Beliau juga pernah terlibat dalam penerbitan Buku Untuk Filem Estet Mamat Khalid pada tahun 2009, dan juga menulis cerpen ‘Anak Ikan’ dalam antologi buku Orang Macam Kita (2010 ). Jangan tak tahu, Ajami juga seorang penulis skrip yang berbakat dimana pernah menulis skrip sebuah cerekarama yang bertajuk Tunjang Sa’adah (2009 ) dan Cerpen Twitter merupakan 100% karya fiksyen pertama beliau.
Review oleh Aidasue