HI PEMINAT COKLAT SEMUA! ( termasuk kami ) , mesti anda semua tak tahu kan sekarang ada expo coklat atau Malaysia Chocolate Fair di dewan pameran Mid Valley Kuala Lumpur. Ekspo coklat ini berlangsung bermula Sabtu hingga Ahad ( 28 September 2012 – 30 September 2012 ) dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Tiada caj masuk dikenakan.. Maknanya PERCUMA. Lebih daripada 40 buah syarikat dan pembuat coklat baik coklat tempatan mahupun jenama antarabangsa menyertai ekspo kali ini dan sudah tentu ada promosi coklat yang best-best. Jadi bagi anda yang mahu membeli coklat yang sedap dan murah serta pada harga promosi, inilah masanya.
Jenis-jenis coklat yang dijual : Ice-cream, Gelato & Cream, Jellies & Gummies, Toffee & Caramel, Breakfast Snack & Nutrition Bars, Snack Items, Crackers, Wafers & Biscuits, Cakes & Cupcakes, Cookies & Muffins, Chocolate & Chocolate Products, Nougats & Marsh-Mallow, Sugar Confectionery, Bakery & Pastry Products, Nuts, Dessert, Oriental Sweets, Turkish Delight, Baklava, Dates & Halva, Private Label dan juga Chocolate delights.
Banyak kedai-kedai best ada di sini dan ada satu kedai yang menarik perhatian saya.
Chocolat-ier merupakan syarikat pengeluar coklat dari Singapura menjual pelbagai jenis coklat dan semuanya handmade. Yang bestnya, packagingnya sangat moden dan urban memang sesuai untuk dijadikan hadiah. Selain coklat, ada juga kedai yang menjual air buah-buahan, baklava, coklat cair bersama buah dan macam-macam lagi.
Selain itu banyak sangat promosi coklat ada di sini. Kalau tengok harga pun boleh tahu. 😀 Selamat memborong coklat!
Sebelum terlupa, kami nak share gambar-gambar best semasa Chocolate Fair tu! 😀 So ada masa lagi anda semua nak pergi check it out!





