Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Rekod Malaysia : 130,000 hadir persandingan anak Ketua Menteri Melaka.. Benar Atau Propa?

by Aida Sue
October 1, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini semalam.

Majlis itu juga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.

IKLAN

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali. Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, yang bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir.

Memang ramai betul.. Kalah konsert free Jom Heboh macam ni. Pengantin perempuan juga merupakan anak saudara kepada pelakon Dira Abu Zahar. Ada juga tetamu yang hadir kata sebenarnya tak ramai orang pun datang masa majlis tu dan tak tahu bagaimana mereka mengira jumlah tetamu yang hadir.

Ini merupakan pengiraan seorang forumer di  forum Cari :

Dewan  Tun Ali boleh memuatkan 1,000 orang ( 100 meja bulat ) pada satu masa ini juga, boleh disewa orang ramai bagi melangsungkan majlis perkahwinan,  makan malam dan lain-lain.

Biasanya jemputan mula datang pukul 11.00 pagi, dan habis kira-kira jam 6 petang. Jadi jumlah jam ialah 7 jam.Biasa orang ambil masa untuk makan paling cepat dalam 15 minit. Paling lama 1-2 jam.
420 minit (7 jam) / 15 minit = 28 x 1000 org = 28,000 orang.

Jika kenduri  sampai 12.00 tengah malam. Jadi jumlah jam ialah 13 jam
780 minit ( 13 jam)/15 minit = 60 x 1000 org = 60,000 org.

Baru 60,000 orang.. ke kenduri buat 2 hari 2 malam? Mungkin tambah 100 khemah di luar dewan, mana tahu kan… Tapi tak ada pula gambar untuk menunjukkan betapa ramainya tetamu yang datang.

Walaubagaimanapun, kami mengucapkan tahniah pada pasangan mempelai. Semoga dikurniakan rezeki berlipat kali ganda

IKLAN

 

Datuk Siti Nurhaliza pun turut sama hadir

Tags: majlis anak ketua menteri melakamajlis kahwin 130000 orang
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan