Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[Review] Kasut Adidas Adipure 360 Memang Best

by Aida Sue
October 3, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Saya bukanlah seorang avid runner tetapi dalam seminggu tu ada lah sekali dua kali jogging dan berlari. Kasut sukan merupakan elemen penting bagi seseorang apabila bersukan tak kisah dalam acara apa sekalipun kecuali berenang. Jadi kasut sukan yang berkualiti amat penting selain dari harganya. Baru-baru ini Adidas telah melancarkan kasut sukan mereka yang terbaharu iaitu Adidas Trainer Adipure 360. Kasut Adipure 360 mempunyai rekaan berbeza untuk lelaki dan wanita.

IKLAN

Kasut Adidas Adipure super ringan,sangat fleksibel dan amat sesuai digunakan semasa anda berada di gym dan di padang. Selain itu Adidas Adipure juga menyokong pergerakan untuk ke semua arah serta memberi keselesaan pada pengguna. Reka bentuknya pula sangat best dan kasut AdiPure 360 menggalakkan pergerakan tidak terbatas untuk mekanik badan, dan bertujuan untuk menguatkan otot di kaki, jari, pergelangan kaki dan bawah kaki, manakala menawarkan satu rasa semulajadi seperti ‘berkaki ayam’ tetapi dengan perlindungan kaki yang diperlukan semasa anda bersenam.

Saya sendiri sudah menggunakan kasut Adidas Adipure ini dan memang saya akui sangat ringan dan fleksibel untuk kaki. Saya memang pengguna tegar brand kasut popular lagi satu tu, tetapi saya rasa kasut Adipure ni pun boleh tahan hebat dan bestnya. Memang saya rekomen sangat-sangat kasut ni pada anda, alah membeli menang memakai.

Bila anda menggunakan kasut Adipure 360 ini, terasa macam tak pakai kasut sebab terlalu ringan. Apabila anda bersenam menggunakan kasut ini, terasa macam bersenam secara semulajadi dan ia baik untuk otot badan anda kerana kaki merupakan otot yang kompleks tau.Kasut Adidas Adipure dijual pada harga RM350 sepasang di kedai sukan Adidas seluruh Malaysia dan mempunyai pelbagai warna di antaranya ungu, kelabu, biru, hitam dan oren.

Perbezaan antara kasut lelaki dan wanita

Selalu kalau kasut training biasa tu agak keras kan tetapi kasut Adipure ni boleh dilentur-lentur dan mempunyai rekaan tapak kasut yang istimewa kepada pemakai dimana tapak kasut itu sendiri memberikan support ekstra pada badan.

bagi yang mahu melihat kasut ini secara lebih dekat atau membelinya, anda boleh dapatkan di butik Adidas berhampiran atau di road tour Adidas Adipure diadakan selama 6 minggu di seluruh negara di lokasi berikut :

  1. 21st – 23rd September: Pavilion, KL
  2. 28th – 30th September: Berjaya Times Square, KL
  3. 12th-14th October: Sunway Pyramid, PJ
  4. 19th – 21st October: Palms Square, Kota Kinabalu
  5. 26th – 28th October: 1Borneo, Kota Kinabalu
My own Adidas Adipure Trainer 360! Serius best.

IKLAN

Video Interaktif kasut Adidas Adipure Trainer 360

 

Tags: adidas adipure trainer 360 reviewkasut adidasKasut Adidas Adipure 360review adidas adipure 360
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan