Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Isu Cinta ] Perlu Ke Cari Pasangan Senegeri?

by Aida Sue
October 4, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Ali : “Eh, awak cantiklah. nak berkenalan boleh. awak orang mana?”

Stacy : “Orang Sabah.. Kenapa?”

IKLAN

Ali : ” Oh okay, saya busy sikit lah. Jumpa lain kali”

Stacy : “errr…. “

Ya, mungkin agak pelik bunyinya, cari pasangan ikut negeri. Tetapi ini selalu berlaku bukan saja di Malaysia, tetapi mungkin juga di negara lain. Orang dulu-dulu pernah kata, kalau nak cari boyfriend, bini, laki pilih yang dekat-dekat, kalau boleh sekampung, senegeri. Katanya nanti, senang kalau balik bercuti atau jika berlaku apa-apa. Persoalannya disini, masih relevan lagi ke cari pasangan ikut negeri ni? Kalau dulu pernah juga terdengar yang orang Kelantan hanya mahukan pasangan orang Kelantan juga. Sama dengan orang Negeri Sembilan, kalau boleh mahu orang dari Selatan juga sebagai pasangan.

Ini mungkin isu taboo bagi sesetengah orang sama juga perkahwinan berlainan bangsa. Kalau boleh nak dielakkan. Tetapi bagi pendapat saya, setiap manusia itu diciptakan berbeza-beza dan tak sama. Kalau pemikiran kita masih asyik fikir ” Eh, mak saya hanya mahu menantu yang tahu makan cencalok” , ” saya hanya mahu calon isteri yang hari-hari makan pasembor”, susah juga.

Kadang-kadang jarak, cara kita dibesarkan, ibu bapa, juga merupakan faktor utama kenapa sesetengah orang ni takut untuk berkahwin atau mencari pasangan lain negeri. Contohnya kita dimomokkan dengan banyak drama televisyen mengenai pasangan bergaduh sebab isu balik kampung. Selain itu, banyak cerita anak mami tak boleh berkahwin dengan lelaki dari negeri lain dan itu sebenarnya secara tak langsung memberi impak pada masyarakat kita dan membuatkan kita memberi tanggapan buruk mengenai perkahwinan atau pasangan dari lain negeri atau negara. Sebenarnya kalau tak cuba, kita tak tahu. Memang ada ibu bapa yang berfikiran skeptik mengenai mencari pasangan lain negeri ini. Kalau betul-betul sayang, rasanya masalah balik kampung itu tak menjadi masalah. Sekarang pun sudah ada Air Asia yang menawarkan tiket penerbangan murah serta ada aplikasi Facebook, Whatsapp yang memudahkan keluarga berhubung. Selain itu, masalah tak biasa makan makanan negeri lain pun takde masalah, sebab semua ini alah bisa tegal biasa. Di bandar pun banyak menjual barangan makanan tradisional dan kampung. Hanya nak beli atau tidak je. Hanya tinggal mahu berusaha atau tidak je.

Kisah Benar

IKLAN

Ada satu pasangan berkahwin yang isterinya orang Negeri Sembilan manakala suaminya pula orang Johor. Kononnya semua orang Negeri Sembilan ini mengamalkan adat pepatih dimana semua harta benda jadi hak isteri dan sebagainya walhal zaman sekarang ini dah tak ramai yang mengamalkan benda ini semua. Nak dijadikan cerita, semasa masuk merisik si perempuan tadi, hanya seorang saja yang datang iaitu bakal pengantin lelaki. Puncanya kerana ibu si lelaki ni tadi tak sukakan si gadis Negeri Sembilan, kerana dia bukan orang Johor. Yang lebih dramanya, majlis perkahwinan hanya diadakan di sebelah perempuan saja iaitu di rumah ibu bapa pihak perempuan dan di majlis itu, ibu bapa serta sanak saudara pihak lelaki langsung tidak kelihatan.

Menurut kata wanita ini tadi, pada tahun pertama dan kedua perkahwinan mereka, si ibu lelaki ini langsung tidak mahu bercakap atau bertentang mata dengan wanita ini apabila mereka balik kampung. Even sudah ada anak pun, ibu lelaki ini masih bersikap acuh tak acuh. Tetapi lama kelamaan, kerana kesabaran wanita ini tadi dan sentiasa bersikap sopan santun dengan ibu mertua nya, hati ibu lelaki tadi menjadi lembut dan sekarang sudah menjadi menantu kesayangan pula. Pasangan ini telah berkahwin lebih dari 30 tahun dan hidup bahagia bersama anak-anak mereka. Di sini, pihak lelaki haruslah memainkan peranan yang penting dan jangan bersikap lepas tangan serta bias. Pihak lelaki haruslah menceritakan perkara yang baik-baik saja mengenai isteri tadi pada ibunya dan sentiasa berusaha pulang ke rumah ibu untuk meminta restu dan menambat hati ibu. Apa kata orang tu, restu ibu bapa itu penting walaupun lambat.

Bertolak ansur. Ini merupakan tunjang penting bagi mereka yang mempunyai pasangan dari lain negeri. Tolak ansur dan bertimbang rasa dan sesekali tidak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau anda berkahwin dengan orang dari lain negeri, mungkin ada perkara yang anda boleh belajar dan anak-anak pun nanti tidak ada masalah dalam mencari pasangan hidup kelak. Pasangan pun perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengeratkan lagi hubungan antara keluarga dan juga pasangan mereka. Jangan jadi batu api pula. Perkara yang tak elok tu tak perlu dikongsikan bersama ibu bapa takut menyebabkan ibu bapa jadi lebih tak suka pula. Tepuk dada tanya hati, kalau dah sayang dengan usaha semua boleh jadi. Selamat berjaya dalam hubungan cinta anda! 🙂

 – Aidasue –

Tags: berkahwin lain negericari pasangancintamasalah cintamasalah perkahwinanpasangan senegeri
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan