Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Stress Ke Jadi Cikgu? Cikgu Shida Parit Ada Pesaing Di Youtube

by Aida Sue
October 5, 2012
Share on FacebookShare on Twitter

 

Tergelak-gelak saya apabila melihat video YouTube yang dikongsikan oleh cikgu Man. Ya, yang berlakon sebagai Hafiz dan Siti Nurhaliza dalam video Muara Kasih ini adalah seorang cikgu. Saya rasa video ini dibuat hanya untuk suka-suka.. tetapi kalau difikirkan balik, stress sangat ke jadi cikgu sampai 2-3 orang pakat buat video kelakar macam ni? Mungkin cikgu pun mahu kongsi bakat terpendam masing-masing kan? Lagipun cikgu Man ni memang ada bakat dalam bidang seni. Setakat ini sudah 19 video yang telah dimuat naik oleh cikgu Man untuk tatapan penonton dan antara lagu-lagu yang dicover oleh cikgu Man ni adalah Muara Hati – Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza, Raya Gangnam Style, 3 Suara Ning Jac Shila, Anak Kampung Jimmy Palikat dan lain-lain.

IKLAN

Bagi yang nak tengok video Cikgu Man, boleh klik Youtube nya ( share disable gitu ) : SINI dan boleh follow youtube cikgu Man : Lukmanbinkhalid

Apa pun video ini memang kreatif lah Cikgu Man! Siap ada fanpage lagi. Mudah betul nak popular zaman sekarang ni. Buat je video yang agak-agak boleh tarik perhatian orang, dah boleh ada ramai pengikut dan peminat. Walau apapun kami ucapkan terima kasihlah cikgu Man kerana dah berjaya buat kami gelak dengan video kreatif cikgu ni. Tapi jangan over-over pulak. Karang anak murid nampak, malu! Lagipun ada diantara video cikgu Man ni dah serupa macam maknyah pun ada. Agak tak elok untuk kanak-kanak sebab takut beri impak kurang baik pula.

Sedikit info mengenai Cikgu Man atau nama penuhnya Lukman Bin Khalid merupakan seorang guru yang berasal dari Johor Bahru dan bergiat aktif dalam bidang seni sejak dulu lagi. Antara anugerah yang pernah dicapainya adalah Koreografer Terbaik Pertandingan Tarian Tradisional Terbuka negeri Johor 2009 dan Koreografer terbaik Pertandingan Tarian Tradisional Terbuka negeri Johor 2011. Patutlah pandai cikgu Man ni menari ya :p

 

IKLAN
Tags: che'gu Manche'gu man youtubecikgu lukman bin khalidcikgu man 3 suaracikgu man muara haticikgu man pesaing cikgu shidacikgu man video youtubecikgu shida paritcikgu syida
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan