MASIH ingat lagi Raja Ema, penyanyi lagu Jejaka Idaman? Bagi yang mengikuti perkembangan Raja Ema pasti tahu dia anak kepada Allahyarham Yusni Jaafar. Raja Ema ni dulu boleh dikatakan pelakon yang cantik dan body bergetah. Kalau zaman sekarang ni kira macam Rozita Che Wan lah. Antara filem lakonannya adalah Cikgu Romantik, Tarik-Tarik, Sahabat, Queen Control, Boss, Sejati, Antara Dua Hati, Mawar Merah dan Sayang adalah filem terakhirnya. Dia juga pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-8 (FFM8) dan Bintang Harapan Wanita Terbaik pada FFM7.
Tetapi lepas dia kahwin, terus menyepi dari dunia hiburan. Raja Ema atau nama penuhnya Raja Ema Raja Bahrin sudah pun mempunyai 2 orang anak bujang yang dah besar panjang, yang berusia 16 dan 18 tahun dan kak Raja Ema yang berusia 43 tahun ini katanya mahu kembali aktif di dalam aktiviti seni yang sememangnya dicintai sejak dulu lagi.

Melihat cover Nona keluaran November 2012 yang menampilkan Raja Ema, saya amat terkejut melihat perubahan wajahnya. Ya, semakin cantik dan ‘lain’ serta nampak muda! Raja Ema mesti kongsikan apa petua yang dipakainya untuk sentiasa nampak muda dan gebu, mesti ramai yang nak tahu kan? Saya pun sama! Mari kita lihat gambar-gambar Raja Ema dari dulu hingga kini. raja Ema ni ada iras-iras muka Datin Seri Rosmah Mansor dan Ziela Jalil. Hehe. Ok apa pun, enjois!

